Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Monday 30 April 2012

Terapi Minda, mata, kaki, tangan dan duit.

Hehehe.. Nak tau terapi ape?






















SHOPPING!!


Kali ni memang kaw kaw beshopping. Tapi shopping benda-benda yang jadi wishlist aku la. 

Layan jela gambar-gambar ni yek.

Sen Q tetap di hati

Taaaraaaa..... Lepas ni rajinla i mengiron baju


For the 1st time, i buy this
Bebaloi ke?

Waktu menunjukkan sudah pukul 4.15 petang


Suami tersayang punya


2 utas ni RM 10.00. Tekezut aku sekejap!

Adam dan Stacy begabung!


Hasil terapi @Mines


Memang sakanla beshopping kan. Tak hengatt! Tapi sekali sekala je boleh macam ni. Selalu-selalu rabak jugak poket suamiku tersayang tu. 

Senarai whishlist aku dah pun bekurangan. ^_^ Alhamdulillah atas rezeki ni.

# Hutang 1

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dah selamat aku settlekan hari ini. Alhamdulillah. Habis satu hutang aku. Ada lagi dua hutang nak settle. Ni berkat duit KWSP yang aku dapat baru-baru ni. ^_^



@Pusat Bandar Damansara


Terima kasih ye PTPK, bagi aku pinjam dulu. Mintak maaf ye aku lambat bayar. Dulu aku sengkek tak dapat maintain bayar ko, sekarang aku dapat duit tepijak ni, aku dah bayar ko. Aku dah takde hutang ye.

Semua sekali RM 2,692.92 , lumpsum/cash/tunai. Fuh!!


Adoyyai..



Bagus dorang, time lunch pun kaunter bukak












 
TQ..

Alhamdulillah.



Mari kita renung-renungkan dan selamat beramal.

Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. 
(HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi).

Orang kaya yang menunda-nunda (mengulur-ulurkan waktu) pembayaran hutangnya adalah kezaliman. 
(HR. Bukhari).



Sunday 29 April 2012

Shopping time.



Hah kau! Oleh sebab dah dua bulan tak beli stok barang-barang rumah. Ni la jadinya. Shopping macam orang gila la. Semua nak.



Ho..ho..ho..



Stok sampai bila la ni? Eh, mana tisu kotak aku?
Panjang bejela la jawabnye
Ade nama tu...
Ni aku suka sebab boleh buat plastik sampah. ^_^


Kali ni beli rushing semacam je. Sebab sampai sana pukul 9 dah. Takut Maydin tutup. Tu yang main capai-capai je yang dalam senarai.

Tapi memang berbaloi-baloi la shopping kat Maydin ni. Harga memang amat berpatutan. Aku lebih selesa shopping kat Mydin USJ ni. Besar, senang nak jalan dan senang nak pilih barang. Apa yang nak semua ada. Mak ayah tok nenek je takde. ^_^


Picture showing Mydin Wholesale Hypermarket Subang Jaya
Sebesar-besar amat


Tips Shopping #

Sebelum shopping tu, make sure bagi perut kenyang dulu. Baru nafsu shopping tu kurang sikit. Kalu shopping time perut lapar, habisla. Semua benda nak capai.

^_^

Saturday 28 April 2012

Resepi-resepi ku

Assalamualaikum..

Hari ni tiba-tiba rasa rajin nak share resepi- resepi ni.

^_^

Resepi petang jumaat

Resepi weekends

My Fav Kuey tiaw celop

Sayur campur

Ni resepi bulan puase tahun lepas

Western tiba-tiba

Tengok ni tiba-tiba rasa lapar

Tomyam Seafood Ku
Tapi, sekarang ni jarang dah masak-masak. Sebabnye Suami Ku tersayang tu asyik outstation jek. Sabtu Ahad dah kuar bejalan plak. Dapur pun tak berasap dah.

Friday 27 April 2012

Salam di petang jumaat..

Wah..wah..wah.. Lamanya tak mengarang. Tak berpeluang langsung dah. Kat rumah berukband dah kena block. Harapa kat ofis je la.

Gaji baru dah dapat. Syukur alhamdulillah. Dan yang paling syok sekali, KWSP pun dah dapat. Mak cik kayo sekejap. Tapi Sekejap jela, nak bayar hutang lepas ni abisla. Lepas ni gaji ku bersih di sebelah kanan. Horey..horey..

Duit duit duit. Kalu asyik dok fikir pasal duit tension jugak. Banyak mana pun kalu sifat boros tu sentiasa ada, payah jugak. Tahun ni aku nak cuba simpan duit bulan-bulan lah. Tapi selalu macam tu dari dulu lagi. Dapat je gaji, ade je benda nak beli. But i'll try. 


I'LL TRY. WOKEH..


Monday 16 April 2012

Padan muka mereka!!

Tajuk macam geram je kan. Memang geram pun. Start dari pagi aku dah kena tuduh. 

Situasi 1 :

Telefon bebunyi.

Jebon : Hello Shikin. (aku anti kalu org luwo panggil aku shikin. aku tak suka la)
            Shikin jaga kaunter hari ni kan?
Aku   : Eh, taklah puan!
Jebon : Ni dekat jadual akak kat sini shikin jaga. 
Aku   : Saya tengok nama saya, jaga esok bukan arini! Arini kak Zai jaga!
            (Sebelum tu tanya kak zue dulu siapa jaga)
Jebon : Eh, korang dah tukar nama ke?
Aku   : Entah, manala saya tau! Saya tengok nama saya esok!
Jebon : Yeke, okla takpela. Sory..sory..
Aku   : Sorry naik lorry la. (Dalam hati je)

Nasib baikla pagi tadi ntah kenapa aku tiba-tiba jadi pandai nak menjawab. Memang kena la ko kan. ko ingat aku senyap, aku tak reti jawab.

Moral of the story, pagi-pagi sampai je kena tengok jadual kaunter. Nasib baikla pagi tadi sampai-sampai je memang aku tengok jadual kaunter dulu.

Situasi 2 :

Telefon berbunyi.

Mak tiri : Nurul bagi surat panggilan meeting tu hari ape?
Aku      : Hari jumaat puan. 
Mak tiri : Kenapa orang tingkat 9 tak dapat lagi?
Aku      : Layeke. saya dah bagi kat Aizat hari jumaat aritu untuk edar.
Mak tiri : Kenapa nurul tak check dah anta ke belom? Kenapa sekarang ni nurul buat keje asyik cuai je?
               (dalam hati aku, kena lagi)
Aku       : Eh, tapi saya dah bagi dekat Aizat suruh anta. Puan kena tanya dia la dia dah anta ke belom.
Mak tiri : Eh nurul ni macam saya bagi keje, nurul bagi balik keje tu kat saya. saya suruh nurul, saya plak 
               kena tanggung?
Aku       : (cepat-cepat aku balas cakap dia) Eh, bukan macam tu maksud saya puan. Kalu saya yang 
                tanya dia lain plak jadinya puan. Puanla tanya dia. 
Mak tiri : Nurul patutnya bla...bla..bla.. (ntah aku tak tangkap dah ape dia cakap tapi dia memang kena la 
               ngan aku tadi. Aku MENJAWAB! Dan aku memang puas hati tadi dapat menjawab!) Ok-ok, 
               nanti saya tanya Aizat. 
Aku      : (Hah!! Puas hati aku)


Sedap-sedap je ko cakap aku cuai kan! Aku dah bagi kat Aizat suruh dia hantar. Tu tanggungjawab dia la plak dah hantar ke tak hantar! Ko dah tension dok buat laporan tu, ko nak marah-marah aku pulak! Banyak cantik muka ko yang tak cantik tu!

Aku rasa tahun ni aku buat keje, baik dah. Takde pun aku buat keje main-main macam tahun lepas. Aku bengang, tapi aku puas hati sebab aku dapat MENJAWAB balik. Rupanya memang kena buat macam tu la. Baru kita tak rasa down. Tapi kena make sure kite buat keja tu dengan betol la. 

Tapi jenis mak tiri ni memang yang suka cari salah orang je ni. Setahun lebih dah aku kerja dengan dia, sekarang aku perasan dah sangat. Dia memang nak yang perfect je. Dia tak tau ke mana ada orang perfect. Spesis ni yang rasa dia je yang betul.

Memang kena berhati-hati dengan spesis ni. Moral of the story, cakap ape yang patut kita cakap. Hahaha..

Hari ini dalam sejarah betol.




Friday 13 April 2012

Sedih...Sedih..Sedih...

Hari ini aku sedih sangat. Ada orang kata, penyakit cyst yang aku ade dulu adalah gangguan makhluk halus kalau dari segi rawatan Islam.

Kata orang tu lah. Aku jadi sedih, takut dan macam-macam lagi aku rasa masa tu bile dia cakap macam tu. Walaupun aku dah buang cyst tu tapi aku still lagi rasa risau. Boleh ke aku pregnant lepas ni? 

Orang cakap sedap je.. Sabar..sabar..sabar.. Memang aku tengah sabar la sekarang ni abis tu aku tengah buat ape? Aku paling rasa nak marah bila tiba-tiba je orang-orang yang berkenaan ni cakap pasal ANAK. Aku dok elok-elok je, takde pun aku cakap ape-ape pasal tu, tapi tiba-tiba je nak tanya pasal tu, soal pasal tu. Daripada perasaan aku dok elok-elok terus jadi bad mood. 

Mulut manusia ni memang macam tu la. Bila kita diam, manusia ni pulak yang dok bising-bising. Sekarang ni aku pasrah je. Semua tu ketentuan Allah s.w.t. 

Orang yang tak mengalami keadaan ni, dia takkan rasa perasaan ni. Dia boleh bercakap je. Lebih baik korang diam dan tengok je ye. Kata-kata korang tu kadang-kadang menyakitkan hati je.

Kadang-kadang aku rasa nak duduk rumah je! Aku serabut dengan orang-orang yang sibuk bertanya ni. Aku sedih tengok ibu-ibu, ayah-ayah bawak anak-anak kecik. Dalam hati aku selalu tanya, bila aku akan jadi macam tu. Tapi aku selalu pujuk hati aku, takpe.. InsyaAllah. Sabar ye hati.

Kepada 2 orang insan yang telah melukakan hati aku tu, aku ucapkan terima kasih. Sebelum bercakap sesuatu tu, fikirla dulu hati dan perasaan orang lain. 





Anugerah Allah yang sangat comel