Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 31 October 2012

Jangan Kedekut Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tu.

"Tak malunya lelaki ni.....dah la tak minta dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!" rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan bersahaja terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh daripadanya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya, "Berani sungguh lelaki ni.Memang muka tak malu. Pencuri besar..!"

Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. "Jika biskut ni ada dalam
beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi,".....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.....!

Moral Of The Story : Jangan terlalu kusyuk membaca kalau tengah tunggu bus ke, kapalterbang atau tunggu ape2la.. sbb time tu kite kusyuk sampai kadang2 tak sedar ape jadi sekeliling kite.

Whishlist Menjelang Akhir Tahun 2012

Semenjak 2 menjak 3 menjak ni, aku macam banyak sangat barang yang nak beli. Masalahnya, barang-barang tu semua barang yang harga nye memerlukan 2 tangan untuk mengira. $$$$$

Mentang-mentangla dah nak bonus lagi sebulan lagi, macam-macam dalam kepale hotak aku ni nak beli. Macam la bonus aku ni banyak la sangat kan..

Maila nak try list2 kan barang yang aku whish2 sangat ni.

1) TV lagi 1

2) Katil king pulak

3) Samsung Galaxy Notes 10.1

4) Tukar langsir baru pulak
 
 

Ha kau! Semue  tu main $$$ ratus riban tu. Nak dapat tu mybe la lambat sikit but i'll try to get it jugak. Pastu hujung hujung tahun ni terasa nak pi bercuti jalan-jalan makan angin. Tu pun perlukan $$$ jugak tu. Haishh!! macam-macamla hujung hujung taun ni kan..

Kalu nak pi bercuti tu memang kena kumpul $$$ la dari sekarang. Kalu tidak tak syiok la nak bergerak takde $$$ kan..


Errmmm... hagak hagak dapat ke aku memiliki semua nya ni. :-) :-) :-)



Tuesday, 30 October 2012

Sahabat Berbulu-Bulu

Jarang cerite pasal sahabat berbulu-bulu aku kat sini. Si Tommy yang gemok tu la. Sekarang dah masuk alam ketuaan dah minah tu. Tapi yang sedihnya masih lagi anak dare lagi.. hahaha.. Now die dah miang2 nak mengawan. Kesian jugak kat die tapi tak tau nak buat camne. Tak jumpa lagi baka yang sesuai dengan die. 

Hari tu adela pinjam kucing jantan dari tuan lame tommy dulu, tapi tommy tak bekenanla pulak.. Dihambatnya kucing tu satu rumah sampai teberak-berak merate.. Sampai  kucing jantan tu lari dari rumah. Beminggu dok cari kucing jantan tu. Sabo jelah aku..

Kesian jugak kat die sampai sekarang tak kawin2 lagi. Tapi tu la manala aku nak cari jantan untuk die.. Takkan nak tampal iklan plak kan? Hohoho..




 Si tommy yang kegersangan mencari pasangan..





Sahabat baik aku di rumah.. Peneman dikala kesorangan..