Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Monday 27 May 2013

Check up

Hari ni check up minggu ke 31.. Yang bestnye hari ini dalam sejarah siap awal.. Appointment pukul 9.00, 9.26 dah settle.. Cepat je..

Selalu orang kate klinik kesihatan mesti lama menunggu.. Tapi sekarang dah boleh buang kot sikit-sikit tanggapan tu.. Ikut pada kes dan berapa ramai orangla kan..

Hari ni baby ok.. Tapi nyorok nak cari jantung die.. Ibu plak sakit-sakit sikit kat bawah ari-ari ni.. Mungkin lame sangat dok dalam kereta.. Travel ke sana sini macam orang normal.. Cian baby tekepit kepit dok dalam perut ibu. Baby pun rase penat ye.. Takpe la yang penting baby sihat dan selamat kat dalam ye..

Tuesday 14 May 2013

#1 Mendobi booties n mittens

Mood nak mendobi dah datang.

Alahai.. Syukur Alhamdulillah..




























Kire takdela banyak sangat kan..

Tapi lenguh jugakla pinggang nak membilasnye. Anyway done!!




Tuesday 7 May 2013

Macam Tak Lama Je Lagi..

Sekejap pulak rasanya, dah masuk bulan Mei dah. Kalau nak ikut bulan, lagi sebulan lebih je lagi nak sampai waktu tu. Kalau ikut minggu, lagi 11 minggu je lagi. Itu pun kalau tarikh tu tepat.  
27 Julai 2013 bersamaan 18 Ramadhan 1434H. Tak kesah 'dia' nak tengok dunia ni awal ke tepat tarikh ke, janji 'dia' selamat, sihat dan sempurna. Amin..

Minggu ni dah masuk 28 minggu 'dia' kat dalam. Dah mula rasa mengah dan tak boleh makan banyak-banyak. Kalau makan banyak confirm nak keluar balik. 'Dia' kat dalam pun dah makin aktif begerak-gerak. Macam bagi respons pun ada, kalau dengar bunyi bising. 

Barang-barang untuk 'dia' pun dah 70% dah lengkap. Tinggal sikit sikit lagi nak beli. Minggu ni nak try pegi expo barang baby kat Mid Valley. Harap-harap ada barang-barang yang nak cari tu. Tunggu dan lihat ape yang ada kat sana nanti. Tengok blog-blog orang yang pegi sebelum ni macam best je.  Tapi kalau best pun kalau duit tak berapa nak ada, jadi tak best jugak. Ye dok? 

Tapi tak kesahla, misi pertama cuma nak servey2 harga je dulu. Kalau ade yang terbekenan tu beli ajelah. Untuk my baby.  :-)

Checklist yang belum beli lagi :

1) Playpen / baby coat
2) Tikar getah
3) Kelambu
4) Pencuci nak basuh pakaian baby
5) Sarung tilam n bantal yang ke 2 (1 lg dah setel)
6) Towel mandi