Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 23 December 2012

Orang Baru..

Introducing.... Anak sedare baru yang ditunggu tunggu selama 6 tahun ni...

SARAH HANNA BINTI ABDULLAH..

Semoga menjadi anak yang solehah penyejuk hati mama dan ayah.. Amin..

Friday 21 December 2012

Anak Sedare Baru Lagi...

Arini tanggal 21/12/12 bakal dapat anak sedare baru lagi.. Sebab ape boleh tahu terus tarikh lahir die? Sebabnye akan dilahirkan secara operation bukan lahir manual.. Senang je trus boleh tau tarikh lahirnye..

Anak yang ditunggu tunggu selama 6 tahun akan di lahirkan ke dunia hari ni.. Dengan izin Allah.. Kirenya die adalah hadiah ulangtahun pekahwinan dorang yang ke 7..   


Kepada kakakku Nurul Asnida, good luck pada petang ni ok.. Penantian akan berakhir pada petang ni.. Harap semuanya bejalan lancar dan dua dua selamat hendaknya.. Amin..

Yang tak sabar nak tengok anak sedara baru.. Yeyyeyeyy!!

Monday 3 December 2012

Syukur Alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah..

Akhirnya confirm!! setelah 2 klinik telah kami pergi..

4 minggu 'dia' dah berada dalam rahim aku..

Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan DIA..

Semoga 'dia' sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh MU Ya Rabbi..

Amin..

Saturday 1 December 2012

Bulan terakhir tahun 2012

Bulan ni dah masuk bulan terakhir dalam tahun 2012 tahun omputih.. Macam 2 tahun lepas je kekdahnye.. Berdua bersatu lagi kami suami isteri.. Belom lagi bertiga.. (Sedih)

Tahun ni kewangan pun suam-suam kuku je.. Ade simpan, takde duduk diam je.. Tapi selalu boros saje.. Ni pulak rase nak bercuti, ha! Duit lagi tu.. Nak nak plak tak lame je lagi ni bonus nak masuk.. Walaupun sbelah tangan tapi menunggu jugakla.. Hahaha... Duit Felda yang untuk anak-anak pun dah dapat baru-baru ni.. Terima kasih Abah sebab sudi bagi pada kami anak-anak.. Saya akan menggunakannye dengan sebaiknye.. Chewwahh!! (Terkilan + gumbira).

Ape-ape pun, harap-harap akhir-akhir tahun ni akan berakhir dengan penuh keberkatan untuk kami 2 suami isteri..

 Amin..

Friday 30 November 2012

Sale!Sale!Sale!

Cepat cepat.. Dekat Vincci Alamanda Putrajaya ade sale sehingga 50%.. 

Macam2 patern kasut ada.. Buktinya seperti pic ni.. Keturujaan kakak kakak makcik makcik adik adik..

Thursday 29 November 2012

Play Store Untuk Samsung Android

Harini baru terfikir nak search dekat Play Store cari application untuk blog.. Harap je pakai android, tu pun tak tau.. Apeda..

But now aku tengah tulis blog kat my android.. Yeyeyeyy... Jakun sat..

Lepas ni bolehla update kat sini kalau malas bukak lappy.. Bilela dapat pakai Samsung Galaxy 10.1 ni.. Tteeettt....

Monday 26 November 2012

Adakah Benar??

Menghitung hari..

Adakah benar ianya akan berlaku??

Sabar lah wahai hati..

Ada atau tidak itu adalah rezeki dan ketentuan daripada-NYA..

Aku pasrah dan berserah..

Amin..Yarabbal A'lamin..

Friday 23 November 2012

Ketakutan, Kekeliruan, Kegembiraan... Berserah Kepada Yang Maha Esa..

Line dah ada tapi still kabur.. What's the meaning?? Lastly g check up kat klinik area rumah n doktor bagitahu, ikutkan kalu timbul line satu lagi ni walaupun kabur memang betul.. Tapi kite tunggu lagi beberapa minggu untuk confirm.

Perasaan : tak nak simpan harapan setinggi gunung, takut jatuh merudum..









Wednesday 21 November 2012

Teruja tapi Takut!!

Hanya satu je yang terdetik dalam hati.. Betul ke ni? Tapi releks dulu. 
Hanya berdoa pada Allah s.w.t .. Harap-harap tidak kecewa lagi.








SEMOGA ADA SINAR HARAPAN MENANTI.. AMIN..

Friday 16 November 2012

BERCUTI..

Planning nak bercuti hujung-hujung tahun ni.. Start 24hb tu sampaila masuk tahun baru. Tahun 2013 baru naik keje balik.. Hahaha!! Aci tak? Tengah pujuk husband ku mintak ambik cuti jugak. Die kate on, tp tau2 jela keje die tu, time cuti asal orang panggil je kena la pegi pejabat.. So, tu sebab aku nak ajak die g bercuti jauh-jauh means luar dari Kuala Lumpur.

Dalam senarai tempat percutian,

@Kelantan
@Johor
@Pulau Pinang
@Perlis

Tapi tak confirm lagi mana  1 nak pegi.. Kalu boleh tak nak pegi tempat-tempat peranginan sebab cuace sekarang kan tak menentu, asyik hujan je.. Nanti silap-silap dok kat bilik je.. Tapi ok jugak kan, manala tau tibe-tibe tesangkut masa tu kan.. Hikhikhik.. syok jugak camtu..

Rasa nya planning kali ni just nak jalan-jalan cuci mata, makan-makan & shopping-shopping je sikit.. Tapi hujung-hujung tahun tu nanti mesti banyak kenduri kawin. Sedare sebelah husband kat penang pun ade jugak buat kenduri, tapi aku malas rasa nak pegi kenduri kendara ni. Boringla bagi aku.. So Penang jatuh di pilihan terakhir sekali la.. Kalu masa tu mood nak g kenduri tu ade, okla. 

Pening jugak nak pilih tempat jalan-jalan cuti-cuti ni yek? Walaupun ni hanya planning percutian kecil-kecilan je.. Belum nak pegi bercuti kat luar negara lagi..

Monday 12 November 2012

Emosi di Pagi Hari..

Pagi tadi bawak Umi ambik darah kat hospital Putrajaya. Kat bahagian tu kebanyakannye semua warga-warga tua. Maybe dorang pun buat monthly check up jugak macam umi.

Tiba-tiba je aku rasa macam sebak je bila tengok pasangan suami isteri yang tua-tua tu datang check up terutama sekali pasangan yang suami tolak isteri duduk atas kerusi roda. 1st skali aku terfikir, mana anak-anak diorang? Kenapa biarkan mak dengan ayah dorang datang berdua je. Suami yang tolak tu pun nampak sangat kewarga emas san tu.. Kat situ aku dah sebak dah.

Second yang aku terfikir, nanti kalu aku dah tua, aku pun macam tu jugak ke? Kami husband wife datang hospital check up sama-sama.. Yang pasti masa tu mesti aku yang duduk atas kerusi roda tu, laki aku tolak.. Sebabnye aku ni banyak nor penyakitnye..
Tapi harap-harap waktu-waktu macam tu nanti aku sihat la.. Tak nak sakit-sakit.. Sakit-sakit sikit tu biasela kan..

Tapi seriusly memang rasa nak menitik air mata bile tengok situasi tadi.. Kalu isteri tolak suami aku tak sedih sangat.. Tapi bile tengok suami tolak isteri tu.. fuh rasa tersentuh sangat-sangat.. Entah kenapa aku pun tak tau..

Thursday 8 November 2012

Kawan Baru Si Tommy..

Bukan main sekarang si tommy demok tu. Dah ade kawan sekarang. Dah tak peduli kat aku dah pun. Seronok sangat main kejor2 dalam rumah.


Dulu  duduk sorang2 saje.. Layan perasaan je..









Eerrrmmm... Bosannyeh..








Bersendirian je merenung masa depan..


Tapi...
















Sekarang dah ade kawan.......





 Sekarang dah berdua.. Dah ade share partnerla katekan..









Asyik main 24 jam.. Belari2 satu rumah, begurau senda, panjat sana panjat sini. Tak peduli dah kat tuan dan puan-puan dia..

Ekceli ni kucing adik aku. Nama kontot, sempena nama kucing kesayangan die yang dah mati dulu. Dia dah duduk ngan aku sebab baru pindah tempat kerja. Sebab tu la si tommy dah ade share partner.. Tempat uuuu..uuhh sekali, bekas makan je lain lain. Tapi makanan nak betukar2.. Boleh gitu? Aku makan makanan ko, ko makan makanan aku.









Tommy perkenalkan port fav die dok usha burung.. Sekarang tot pun dah pandai pi kat situ..
Legala ckit aku sekarang tommy dah ada kawan.. takdela die kesunyian lagi.. Cume kawan mengawan je belom dapat lagi. Kesian kat die.. Andartu lagi.. Huhuhu...



Thursday 1 November 2012

Ulamak vs Pramugari.

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

Padan muke, kan dah malu banyak.. hahaha..

Wednesday 31 October 2012

Jangan Kedekut Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tu.

"Tak malunya lelaki ni.....dah la tak minta dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!" rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan bersahaja terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh daripadanya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya, "Berani sungguh lelaki ni.Memang muka tak malu. Pencuri besar..!"

Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. "Jika biskut ni ada dalam
beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi,".....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.....!

Moral Of The Story : Jangan terlalu kusyuk membaca kalau tengah tunggu bus ke, kapalterbang atau tunggu ape2la.. sbb time tu kite kusyuk sampai kadang2 tak sedar ape jadi sekeliling kite.

Whishlist Menjelang Akhir Tahun 2012

Semenjak 2 menjak 3 menjak ni, aku macam banyak sangat barang yang nak beli. Masalahnya, barang-barang tu semua barang yang harga nye memerlukan 2 tangan untuk mengira. $$$$$

Mentang-mentangla dah nak bonus lagi sebulan lagi, macam-macam dalam kepale hotak aku ni nak beli. Macam la bonus aku ni banyak la sangat kan..

Maila nak try list2 kan barang yang aku whish2 sangat ni.

1) TV lagi 1

2) Katil king pulak

3) Samsung Galaxy Notes 10.1

4) Tukar langsir baru pulak
 
 

Ha kau! Semue  tu main $$$ ratus riban tu. Nak dapat tu mybe la lambat sikit but i'll try to get it jugak. Pastu hujung hujung tahun ni terasa nak pi bercuti jalan-jalan makan angin. Tu pun perlukan $$$ jugak tu. Haishh!! macam-macamla hujung hujung taun ni kan..

Kalu nak pi bercuti tu memang kena kumpul $$$ la dari sekarang. Kalu tidak tak syiok la nak bergerak takde $$$ kan..


Errmmm... hagak hagak dapat ke aku memiliki semua nya ni. :-) :-) :-)



Tuesday 30 October 2012

Sahabat Berbulu-Bulu

Jarang cerite pasal sahabat berbulu-bulu aku kat sini. Si Tommy yang gemok tu la. Sekarang dah masuk alam ketuaan dah minah tu. Tapi yang sedihnya masih lagi anak dare lagi.. hahaha.. Now die dah miang2 nak mengawan. Kesian jugak kat die tapi tak tau nak buat camne. Tak jumpa lagi baka yang sesuai dengan die. 

Hari tu adela pinjam kucing jantan dari tuan lame tommy dulu, tapi tommy tak bekenanla pulak.. Dihambatnya kucing tu satu rumah sampai teberak-berak merate.. Sampai  kucing jantan tu lari dari rumah. Beminggu dok cari kucing jantan tu. Sabo jelah aku..

Kesian jugak kat die sampai sekarang tak kawin2 lagi. Tapi tu la manala aku nak cari jantan untuk die.. Takkan nak tampal iklan plak kan? Hohoho..




 Si tommy yang kegersangan mencari pasangan..





Sahabat baik aku di rumah.. Peneman dikala kesorangan..

Monday 29 October 2012

Adam dan Hawa

Kat rumah aku tak pakai Astro Beyond. Sebelum ni aku tengok AH ni by online je dekat ofis. Tapi, sejak 5 6  hari ni aku dah tak dapat tengok AH dah kat PC aku. Sedihnye rasa. Bahagian CTM ni dah block ke page tu? Aduhai.. kenape kedekut sangat. Kesian kat aku yang takde Astro Beyond ni. 

Mulai hari ini aku nak memujuk Mr. nice guy aku pasang Astro Beyond. hahaha.. Harap-harap cubaan aku berjaya. Nak tengok AH........... Please.......


 
 



Thursday 25 October 2012

Tabita Skin Care VS SNE Capsul

Bulan ni saje, beratus aku habis untuk barang kosmetik saje. Untuk kesihatan dalaman dan untuk produk muka.

Aku beli produk untuk muka, brand paling glamer orang dok perkatakan sekarang. Produk TABITA.
Sekarang kat online sape yang add produk tu mesti tahu pasal produk tu. Ramai dah muke orang yang jadi cantik. Dengar cerita, artis pun ada yang pakai produk ini.

So aku pun nak la try jugak sebab kawan baik aku pakai menjadi muka die. Dalam masa seminggu muka berubah jadi cerah. Aku pun beli dan dapat dengan harga RM340 exclusif set. (set besar)
Tapi ape yang aku confius sekarang, produk tu sama macam produk Natural 99 yang aku penah pakai masa bujang-bujang dulu. Memang menjadikla produk tu, muka jadi putih kemerah-merahan. Memang sebijik bau, warna dan rasa (rasa kat mukala, takkan dalam mulut kot). Memang sebijik. Bile aku tanya akak yang jual tu die kata different, & try pakai dulu. Tapi aku memang rasa sama. Ape yang buat aku pelik sangat-sangat ni kenapa harga die sampai RM300 lebih wei?!! 
Dulu aku beli tu 10 hengget je. Krim siang 10 hengget, krim malam 10 hengget, pencuci muke sabun ketul 5 hengget.  

Tapi takpela, try dulu tengok ape perbezaannye. Lagipun tahan 3 ke 4 bulan. So takdela rase ralat sangat. Aku cuma nak hilangkan parut-parut jerawat dan bagi muka cerah sikit cam dolu-dolu.. cewahhh..!!


Comel je begnye..



Isi dalam lupe nak snap pic.

Ni la produknye. Dalam ni ade krim siang, krim malam, pencuci dan toner. (Lupe nak ambik pic isi dalam)
Nanti tengok la hasilnye camne yek..


Produk kedua untuk bulan ni aku makan produk SNE. Sekarang produk ni glamer betol kat laman2 facebook. Aku pun nakla try kan. Just nak sihat-sihat. Semenjak baru lepas sakit ni, rasa macam takut dah nak sakit-sakit lagi. So cari alternatif nak makan ubat-ubat sampingan untuk menyihatkan badan.



Kulitnya





Isi dalamnya

Cara makan, gigit bagi pecah then minum air. Setiap orang yang makan akan dapat rasa yang berlainan mengikut jenis penyakit yang die ada macam kat bawah ni.







 Bahan-bahan dalam SNE ni..


Sumber daripada healthproductsne.blogspot.com



6 CIRI UTAMA
 

• Melanjutkan usia
• Menyuburkan dan mencergaskan sel
• Menyelaras dan membaik pulih sel
• Mengandungi kesan anti-bakteria
• Menyeimbangkan system badan
• Membersihkan darah dan membantu dalam proses detoksifikasi.
MANFAAT UTAMA

• Berkeupayaan untuk menyingkirkan radikal bebas dan elemen berbahaya.
• Meningkatkan fungsi system imun.
• Mencegah pelbagai jenis penyakit system pencernaan.
• Mengurangkan tahap lipid darah dan kolestrol, justeru mencegah penyakit kardio-serebrovaskular.
• Mencegah jangkitan influenza.
• Merawat lecur, parut, reput fros dan kudis tekanan.
• Mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radiasi dan oksidasi.
• Menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan pembentukkan bekuan darah/thrombus; mempercepatkan prose penyembuhan luka selepas pembedahan.
• Mencegah dan merawat pelbagai masalah ginekologikal. Produk ini amat sesuai untuk kaum wanita.
• Membantu perkembangan fizikal dan keupayaan mental kanak-kanak.
• Meningkatkan kesihatan kulit dan menagguhkan proses penuaan.

KESAN RAWATAN KAPSUL SNE

Tempoh Rawatan Pertama (1-30 hari)
- Wajah yang cantik dan berseri
- Kualiti tidur bertambah baik
- Mempertingkatkan system imun
- Kesejahteraan mental
- Meringankan penderitaan penyakit semasa
Indikasi :- Kesan rawatan Kapsul SNE telah bermula, menyingkirkan toksin dan radikal bebas daripada badan anda. Sesetengah individu akan mengalami tindak balas yang positif (reaksi penyelarasan). Namun begitu, reaksi sedemikian akan hilang dalam tempoh 1-2 minggu.

Aku pun barula nak try ni. Tak tahula dapat maintain ke idok. Harga die pun boleh tahan jugak RM nye. Belum dapat ape-ape perubahan lagi buat masa sekarang. Baru makan 4 hari.

Harap-harapnya adala perubahan untuk 2 produk yang aku tengah makan dan pakai sekarang ni. InsyaAllah..



Friday 19 October 2012

Makan Hati Di Tengahari..

Kadang-kadang bosan bile bukak FB. Tengok gambar-gambar orang, bace status-status orang. Masing-masing macam nak menunjuk-nunjuk kelebihan masing-masing. Kadang-kadang tu status macam memalukan diri sendiri pun ada. 

Aku paling menyampah kalu orang dok update-update status pasal nak anak lelaki, nak anak perempuan. Dah ada anak lelaki nak anak perempuan, dah ada anak perempuan nak anak lelaki. Dah macam tak bersyukur je dengan ape yang Allah berikan.

Ye.. memang aku tak rasa ape yang korang rasa. Tapi sekurang-kurangnya tolongla bersyukur yang korang ada jugak ANAK. Cuba korang fikir dan rasa perasaan aku dan ramai lagi orang-orang yang senasib dengan aku yang tak punya anak lagi ni. Apa perasaan kami bile korang buat statement macam tu. Pada yang tak terasa tu takpela.

Bukan dengki atau jeles, tapi pleasela be understanding sikit tentang perasaan orang lain. Ok fine! tu hak masing-masing. Ko apehal nak bising-bising pasal statement orang kat FB tu. Lantak diela kan. Memangla, tapi pedulik la aku nak jugak lepaskan geram aku kat sini.

So pleasela, faham perasaan kami yang kekurangan ni. Hati dan perasaan kami sangat sensetif pasal ANAK ni.Bersyukurla dengan ape yang dah Allah kurniakan pada korang. Sekurang-kurangnya, korang dah ada anak-anak yang akan mendoakan korang bile korang dah takde dalam dunia yang fana ni.

Eh?Ade ke orang bace ni?. Huhuhu...


Mintak copy incik Google ye..







Tuesday 16 October 2012

Ujian untuk Diri Ku..

Dah lama tak mengarut kat sini. Ekceli baru je baik dari penyakit yang tak pernah disangka sangka akan kena. Penyakit yang jarang orang perkatakan tapi pada yang pernah terkena penyakit ni teramatla sakit dan terseksa hanya Allah yang tahu. 

Penyakit K.A.Y.A.P !! atau dalam bahasa perubatan sains dipanggil HERPES. 3 minggu aku kena tanggung penyakit ni. seminggu pertama tak tau penyakit ape sebab rasa gatal-gatal pedih-pedih je. Tempat yang kena tu pun memang tempat baeekk punye! Memang tak sangka akan kena kat situ dan teramatla terseksanye. (tempat tuttt...).

Sekarang ni pun dalam tempoh bepantang lagi. Banyak jugak la pantang larangnye. Soba jelah. Tak boleh makan benda2 gatal, tak boleh makan berminyak, macam2la.. Senang kata pantang macam orang bersalin tapi lagi teruk lagi.

Tapi rasa bersyukur sangat sebab dalam masa 2 minggu dah beransur baik. Tapi masa tu terasa ujian Allah kali ni betul-betul menginsafkan aku. 

#1 Info :

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.
Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.

Sekarang rasa macam betul-betul nak jaga kesihatan sangat. Takut penyakit pelik-pelik ni datang lagi.
Rasa tak tertanggung rasanya.



Tuesday 18 September 2012

Faveret Drama..

Tengah tunggu drama Keluarga Iskandar.. Syok jalan cerita. Pasal kekeluargaan.. Cerita macam rakaman, boleh cakap-cakap depan camera..

SINOPSIS KELUARGA ISKANDAR (ASTRO PRIMA)

Drama Keluarga Iskandar mengisahkan tentang seorang ibu yang tegas dan penyayang bernama Mak Jah yang berusaha sedapa upaya untuk menyatukan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya yang dilanda perpecahan. Ada tiga generasi dalam cerita Keluarga Iskandar dan menyentuh tentang isu masyarakat Malaysia di mana kita dapat lihat nenek dalam filem ni sangat moden, dah pandai guna iPhone dan bijak menggunakan internet untuk mencari anaknya di Facebook.


Tiap-tiap minggu tak pernah miss cerita ni.. Cuma balik kampung raya baru ni je termiss. Dulu aku tengok sorang-sorang je.. Last last skarang dengan hubby pun join skali..

2 Tahun Dah Dia...

Qeesya Tihaniey... Sekejap je rasanye.. Dah 2 tahun dah die.. Baru je rasenye tengok die kena tolak dalam troli baby masuk dalam wad, pejam celik dah 2 tahun..

Ekceli, befday die 13.09.2010 tapi celebrate ahad baru ni coz cuti kan..



Befday girl in action!!



Bab bergaya serah kat die la..











wif ibu n abah



wif paklang n maklang









Semoga menjadi anak yang solehah untuk ibu dan abah ye. Jadi kebanggaan semua. Amin...






Saturday 15 September 2012

Aktiviti Baru Aku..

Eh..eh!! Aku sekarang dah ada xtvt barula. Seronok pulaks rasanya.


Lalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalal........................................


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Cobaan Pertama


Tarraaaaaa..... Baru berjinak-jinak, berkenal-kenalan, berpegangan tangan dengan jahitan manik.. Ni cubaan pertama aku. Nampak tah ape-ape je kan? Tapi bile dapat siap jahit ni, teruje sangat-sangat.

Mula-mula agak mencabar jugak, pastu bile dah lame-lame, ala senang je rupenya.. Tapi aku baru try corak yang ni. 

Jom layan pic2 seni tangan aku...




Cobaan Ke 2











Yang ni paling aku puas hati sekali.. Menjadik!! Ngeh..ngehhh..ngeeehhh...




Ni la barang-barang yang aku ade untuk jahit manik. Belum profesional lagi jadi sikit je la barangnye.. Seronok buat benda alah ni, jadi ralit. Bile dah siap suka sangat.

Harap-harap xtiviti ni dapatla mengisi masa boring aku nanti.  

:-)




Wednesday 12 September 2012

Ni Betul-Betul Gila Ni..!!!

Sape yang gila ni?


Gile tupperware la, dah datang pulaks. Kali ni stok memang kaw-kaw la. Yang harge RM500.00 bukan harga ahli. Tapi aku dapat harga ahli la. RM375.00. Kali ni memang puas hati.


Cik Abang tukang ambik dari dalam kereta. Sampai atas rumah soalan yang keluar, "takde lagi besar ke?" (perli nampak). Huh!!



Isi dalamnya.

Soalan kedua Cik Abang, "Ni nak guna ke nak buat hiasan?" (perli lagi)..

Nak gunala Cik Abang sayang oiii...

Tapi agak berbaloi-baloi jugakla. Dari besar sampai ke kecik-kecik saiznye. Sangat2 ok untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan barang Tupperware cam aku ni ha... Ye dokk??







Tuesday 4 September 2012

Gumbira di Hari Raya..

Assalamualaikum.. untuk  diriku, para malaikat di sekelilingku, kedua-dua malaikat di kanan dan kiriku..

Dah lama tak menaip di sini. Sebenarnya macam-macam hal yang terjadi tapi tiada kesempatan nak coret-coret di sini. Raya pun dah lama berlalu. Tapi Syawal masih lagi bergerak setiap hari. Apakah yang aku merepek ni.

Raya tahun ni ni biase-biase saje. Banyak beraye di rumah saudara mara sebelah husband..
Malam raya dan raya pertama kat rumah aku. (Kena tulis, tahun depan refer kat cni turn rumah sape raya pertama)

Masa beraya di kampung tahun ni pun ada jugakla adengan emosi pasal *Anak*.. Malas nak cerita. Bosan rasanya.. Biasala kalu dah balik ramai-ramai mula la takde soalan lain dorang nak tanya. Mencik!! 
Kalu dah tengok tak de dukung anak kecik, kejar anak kecik, mandi anak kecik, tidokan anak kecik tu maknanya takde la.. Tak payah dok tanya-tanya boleh tak?? 

 Idea kering sudah.. Layan jela pic2 gembira di hari raya ni ye.. Cekidaot!!


 Di petang raya pertama. Bam bamnye pipi ngko.. Ish3..





 Pasangan merpati 2 sejoli nak pegi bejoli raya.



Pinjam anak sat. Sronok beraya ade budak tecik ni.. Qeesya yang banyak akai ni..




Qeesya & Mak lang..



 Zaara yang debam-bam tomey..tomey..




 Zaara ngan ibu beraye kat rumah Pakngah.. Cakk!!





Ni best, beraye kat rumah sahabat rapat yang hanya akan jumpa setahun sekali je. Kawan dari sekolah rendah sampaila ke sekolah menengah. Lepas habis SPM 2 2 membawa diri masing-masing.. Sampaila die kawin dan sekarang dah ade anak 2 orang. Die ni jugakla postman aku n husband dulu.. Hahahaha... Sahabatku, Noraida Binti Mohd Yusoff..





 Beraya di rumah kokde a.k.a kakak ipar husband..




 
 Posing sebelum pegi beraye.. Baju sewa dari dalam almari kakak ku..





Menjeling-menjeling ku bertentang.. mata kita sama memandang.. Eeeeerrrrmmmmm.....



Sekian saja sejarah raya ku pada tahun ni.. Tahun ni berdua, harap-harap raya tahun depan ber'TIGA' la pulak hendaknya.. Amin..










Wednesday 15 August 2012

Tunggu Sahur Laa...

Assalamualaikum..

Baru balik dari uptown ni. Tak boleh tido, nanti terlajak nak sahur. Kesian kat Laling saya, nanti tak sahur tak larat nak puase. 


Barang-barang raya ade lagi tak lengkap. Baju melayu belum dapat lagi. Baju umi & mak pun belum dapat lagi. Tahun lepas bagi baju sorang selai, tak kan tahun ni tak de kot kan? Serba salah pulak. Esok baru nak pegi cari dekat Jakel Shah Alam. Harap-harap jumpela yang terbekenan. 





Kuih raya ade 2 jenis tak dapat lagi. Belanja raya tahun ni boleh tahan jugak borosnya. Tapi semuanya keperluan. Yang tak syoknya pasal baju raya aku la. Tak pasal-pasal kena paw dengan si tukang jahit tu. 2 pasang jadi RM500.00. Gile tak? Gile kentang!! Orang cakap buat jahit batu bajet RM100.00, die gi buat RM150.00.. Tak pasal-pasal sepasang baju jadi RM250.00.. Beli 2 pasang.. Tak ke jadi RM500.00.. Jait batu lagi mahal dari harga baju. Baju RM100.00 je.. Ish..ish..ish.. Seddihh betol!!
Takpela abang tukang jait, rezeki engko la raya ni kan.. Lepas ni kalu aku nak buat, fikir 14 kali la nampaknya..


Eeemmm.. Ape lagi nak buat ni sebelum nak tunggu pukul 5 ni.. Ok lah, nak main game la.
Babai untuk diri sendiri.. Hehehe...

Saturday 11 August 2012

Iftar Hari Ke 22

Salam 22 Ramadhan 1433H.



Menu iftar hari ni, mee goreng je. Sebabnya hari ni ade majlis berbuka puase SMART. Aku malas nak pegi so ni jela yang aku masak.






Rasa macam hari ni tak nak makan nasi. Tapi takut pulak esok puase tak larat. Dahla nak pi shopping esok. Tengokla sahur ni makan nasi sikit.



Ok la, babai..

Wednesday 8 August 2012

Tak Tercapai hasrat..

Salam Ramadhan ke 19.. Nampaknya tak tercapai hasrat aku nak update blog everyday dlm bulan Ramadhan ni. Nak masukkan lauk-lauk bebuke pose. Penatla, bulan pose ni aku balik keje kul 5.30.. Saje je, coz kalu balik awal jalan jem.. Sampai umah slalunya 5 minit lagi nak kul 6.. Masak pun biase-biase je.. Takla beria-ia sangat.. Tak pe la nak buat cane kan?




Bulan Ramadhan kali ni pun, sekali pun aku tak penah g solat terawih. Tu pun sedih jugak. Kalu hari 1st tak pegi mesti akan bejangkit kemudian2nya. Poor aku.. 



Persiapan raya tahun ni pun tak over sangat.. Entah kenape takde mood nak shopping.. Tapi baju raye dah ada 2 pasang.. Haha.. Maybe ahad ni baru nak shopping sikit-sikit.. Yang paling kesiannya my Mr Nice Guy tu lagila, langsung takde baju raye lagi. Cume ade kasut raye je.. Tu pun beli awal tahun aritu.. Huhu.. Tak pe, ahad ni kite shopping habis-habisan k..



Cuti raya tahun ni paling lama. Semangat ape tah datang. Kebetulan tahun ni cuti aku tersusun dan teratur serta cukup kot sampai hujung tahun ni.. So layan jela dok kampung lama sikit.. Sukela tu Mr Z aku tu.. 



Kuih raya plak tahun ni tak banyak aku beli.. Buat pun malas.. Tahun lepas rajin jugak buat almond london.. Tahun ni tak de mood nak godek-godek wat biskut raya.



Hopefully raya tahun ni seronokla ye.. Takde perkara-perkare yang akan mengguris hati aku yang mudah terguris ni.. Huhu..

InsyaAllah..

Monday 23 July 2012

AKU BUAT NASI AYAM SPECIAL...

Eeeee...bangganye tajuk.. Tak boleh blah..

Hari ni aku malas nak pegi kerja. Bangun sahur, mandi, solat, tido balik. Sebenarnya dari malam tadi sebelum tido aku dah jerit-jerit kat Mr Sayang aku, aku malas gi keje esok, Betul la pakar motivasi kata, ape yang kite cakap atau nak sebelum tido tu mesti terbawa sampai ke pagi. Padahal pukul 7 lebih aku dah bangun, boleh sangat nak pegi keje tu, tapi dah malas, tido balikla jawabnya. Haish!! rugi cuti sehari.

Tido sampai pukul 12. Ape nak jadi tak tahu. Bangun tido, blogwalking cari resepi nasi ayam. Pukul 3 lebih dah start masak. Aku try resepi Nasi Ayam Mat Gebu. Kat sini selalu aku cari resepi-resepi. Bahan-bahan dan cara-cara masak die senang nak ikut.

Meh tengok nasi ayam aku.




Mr Sayang aku cakap sedap. Hihi.. Sambal tu 1st time aku buat sendiri. Selalu pakai sos je. Lepas ni boleh gunala resepi sambal nasi ayam ni. 








Ni aku bagi dekat jiran sebelah. Harap-harap okla bagi dorang.


Resepi kuih pulak... 





Kuih buah melaka. Tapi buah melaka aku tak warna hijau. Pewarna hijau aku hilang entah ke mana. Cari-cari tadi tak jumpa. Tu yang jadi tak berapa nak hijau tu. Hijau dari daun pandan je. Huhu..

Ok, tu saje untuk malam ni. 

Babai..