Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Monday 23 July 2012

AKU BUAT NASI AYAM SPECIAL...

Eeeee...bangganye tajuk.. Tak boleh blah..

Hari ni aku malas nak pegi kerja. Bangun sahur, mandi, solat, tido balik. Sebenarnya dari malam tadi sebelum tido aku dah jerit-jerit kat Mr Sayang aku, aku malas gi keje esok, Betul la pakar motivasi kata, ape yang kite cakap atau nak sebelum tido tu mesti terbawa sampai ke pagi. Padahal pukul 7 lebih aku dah bangun, boleh sangat nak pegi keje tu, tapi dah malas, tido balikla jawabnya. Haish!! rugi cuti sehari.

Tido sampai pukul 12. Ape nak jadi tak tahu. Bangun tido, blogwalking cari resepi nasi ayam. Pukul 3 lebih dah start masak. Aku try resepi Nasi Ayam Mat Gebu. Kat sini selalu aku cari resepi-resepi. Bahan-bahan dan cara-cara masak die senang nak ikut.

Meh tengok nasi ayam aku.




Mr Sayang aku cakap sedap. Hihi.. Sambal tu 1st time aku buat sendiri. Selalu pakai sos je. Lepas ni boleh gunala resepi sambal nasi ayam ni. 








Ni aku bagi dekat jiran sebelah. Harap-harap okla bagi dorang.


Resepi kuih pulak... 





Kuih buah melaka. Tapi buah melaka aku tak warna hijau. Pewarna hijau aku hilang entah ke mana. Cari-cari tadi tak jumpa. Tu yang jadi tak berapa nak hijau tu. Hijau dari daun pandan je. Huhu..

Ok, tu saje untuk malam ni. 

Babai..

Sunday 22 July 2012

Hari Kedua Sudaa....

Salam Ramadhan Kedua..

Jom tengok menu berbuka hari ke dua.




Kat atas tu ade asam pedas ikan, resepi dari Mat Gebu, sayur masak lemak bayam, sambal bilis, ikan pari bakar, air asam, bubur lambuk jiran sebelah bagi.

Sedap la bubur lambuk tu. Aku makan sampai habis. Sampai teringat-ingat harini.






Haa, air kat atas tu special sikit. Air kedondong asam boi. 1st time buat ni tau. Kebetulan ade buah kedondong, dapat idea buat air ni. Sedap jugak.


Ok lah, tu saje hupdate untuk harini. Nak pi main PS2 dengan Mr Sayang.

Babai..

PUASA DI HARI KEDUA

Semalam dah selamat puasa pertama kita. Harap-harap puasa semalam diterima Allah s.w.t. hendaknya. Amin. 

Nak update semua menu makanan untuk bebuka sepanjang bulan Ramadhan ni, boleh tak? Hihihi.. Semalam aku buat kuih kaswi. Mula-mula ingat tak jadi. Yela kan, aku ni bukan terer sangat nak buat kuih tradisional ni. Mesti nak kena baca resepi. Sebelah kiri resepi, sebelah kanan buat. Tapi jadi jugak kaswi aku semalam dan dapat pujian sedap lagi dari Mr. sayang aku. Itu yang penting. 

Meh meh tengok kuih kaswi aku.





Kire jadila tu kan. Rasa pun ok. Ni pulak menu lauk-lauk semalam.


Menunya ialah tomyam seafood, pari rebus cicah air asam, sambal bilis, ayam rempah jiran sebelah rumah bagi. Tomyam tu aku buat pes tomyam sendiri. 1st time buat, tengok resepi jugak. Jadila, tapi besela posekan, garam dan masam tu tak rasa sangat so lepas bebuka tu kenala oter.

Hari ni pulak nak masak ape ye? Belum ada idea lagi. Tengokla kejap kejap lagi idea datang.
Selamat berbuka puasa ye.

Thursday 19 July 2012

Lama Tinggal Dah

Dah lama tak menulis kat sini. Sebab ape? Macam-macam sebab. Sebab malas yang terutama sekali. Sebab line berukband kat umah kena potong. Sebab nak menulis kat ofis line tak clear. Work station dah berubah ke tempat terbuka. Tak macam dulu privacy la sikit. Tapi oleh kerana harini ramai takde so bolehlah curi-curi menulis, tapi tu pun dah macam pencuri, kena pandang kiri, kanan, depan, belakang takut orang lalu. Huhuhu.. 

Sehari je lagi dah nak puasa. Sekejap je masa berlalu. Dah bermula la aku kena bangun pukul 5 pagi. Masak untuk sahur. Dulu bujang tak payah masak sahur. Bangun minum air pastu tido balik. Tu pun kalu terjaga, kalau tak terjaga sahur dalam mimpi jela. Dah ada somi kenala aku bangun masak sahur. Dapat pulak somi yang memang kena makan sahur, kalu tak, dia akan tak larat di siang hari. Alhamdulillah. Dulu aku jenis tak makan sahur, so tak dapatla pahala besahur tu. Sekarang memang kena makan sahur, so dapatla aku pahala bersahur tu. Allah tu Maha Adil kan. Dia ciptakan pasang-pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan saling lengkap-melengkapi.

Ha, kan tergendala idea aku. Ada orang datang mintak surat. Macam ni la kalau menulis time waktu kerja. Hahaha.. Idea pun dah terbang. Ok lah, bertemu lagi di lain masa dan di lain cerita.

Selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak.