Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 27 June 2012

Tak Berjaya..

Semalam makhluk P dah datang. Tengah malam pulak tu. Dia macam pandai je, datang time tengah malam aku tengah tido. So kecewa tu takla terasa sangat sebab mood nak tido tu lagi banyak. Kalu dia datang masa kat ofis ke, balik kerja semalam ke, mesti aku sedih gile. Terima kasih ye.

Nampaknya IUI kali ke-2 masih tak berjaya. Takpelah, Allah belum nak bagi rezeki tu lagi. Mungkin dia nak kami berusaha lagi. Aku pasrah dan tawakal.

Lepas ni aku nak rest kejap dari treatment. Aku nak try manual pulak. Aku nak tau bile time aku  betul-betul subur. Bila dah tau time subur lega sikit kot. Sebelum ni tak tau pulak ada alat check subur tu. Sekarang dah tau senangla.

K, babai..


Friday 22 June 2012

Moodie...



Hari ni hari sentap !!

Terasa hati !!

Sedih pun ada !!


Sekian terima kasih..




Wednesday 6 June 2012

Kenangan Terindah



Assalamualaikum.

Hari ni 06.06.2012 tarikh bermakna dalam hidup aku. 06.06.2009, waktu ni aku tengah bersiap-siap nak majlis khatam Al-quran. Kemudian make-up, tunggu pengantin lelaki.

Pejam celik pejam celik sekejap je dah 3 tahun. rasa macam baru 2 3 bulan je aku lalui tarikh ni. Alhamdulillah, bahtera ku dah sampai di sini walaupun masih mengharungi dugaan-dugaan besar dan kecik. 

Aku sangat berharap dugaan yang besar itu akan berakhir selepas ni. Penantian kami selama 3 tahun akan berakhir selepas ni. Tapi tu semua hanya Allah je yang Maha Mengetahui.

Eh, hari ni hari bahagia la kenapa nak sedih-sedih ni. Tapi sedih gak sebab tak dapat celebrate coz Mr Nice Guy outstation. Semalam dah wish kira okla tu kan. Nak buat cane dah tugas kan.

Anyway, semoga kebahagiaan aku dan dia akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Sehingga membuahkan hasil. (Macam tanam pokok buah pulak dah) Semoga kasih sayang kami betambah-tambah hendaknya. 

Ameen....



 
Ni kek tahun lepas. Tahun ni kek belum lagi. huhuhu...

Tuesday 5 June 2012

Ramai Lagi..





Pagi tadi bangun tengok henfon, ade mesej from facebook mesenger. Ada membe tu dia tanya, aku dah period ke? Dia pun sama ngan aku baru pas operation cyst. Ambik Lucrin, untuk 3 bulan. Sekarang dia dah habis dah kesan lucrin tu tengah tunggu period datang. Doktor ada bagi dia ubat untuk turun darah, tapi dia takut nak makan. 

Sama macam aku, aku pun takut nak makan ubat tu. Takut nanti kena begantung terus dengan ubat tu untuk panggil makhluk P tu datang. Aku bagitahu dia, takpela tunggu 2 3 hari lagi. Mana tau dia datang dengan sendirinya.

Semakin hari semakin aku dapat tahu yang rupa-rupanya bukan aku sorang yang hadapi situasi macam ni, tapi ramai lagi. Malah lagi teruk daripada aku pun ada. Lagi teruk perasaan dorang.

Khamis ni nak pegi hospital. Appointment untuk day 9. Nak kena jolok lagi la jawabnya. Yang tak bestnya kena pegi sorang-sorang. Mr. nice guy outstation ke Perlis. Tak mengapalah, demi mu..




46 30 Beautiful Baby Photos









baby photography 7 30 Beautiful Baby Photos