Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Friday 30 November 2012

Sale!Sale!Sale!

Cepat cepat.. Dekat Vincci Alamanda Putrajaya ade sale sehingga 50%.. 

Macam2 patern kasut ada.. Buktinya seperti pic ni.. Keturujaan kakak kakak makcik makcik adik adik..

Thursday 29 November 2012

Play Store Untuk Samsung Android

Harini baru terfikir nak search dekat Play Store cari application untuk blog.. Harap je pakai android, tu pun tak tau.. Apeda..

But now aku tengah tulis blog kat my android.. Yeyeyeyy... Jakun sat..

Lepas ni bolehla update kat sini kalau malas bukak lappy.. Bilela dapat pakai Samsung Galaxy 10.1 ni.. Tteeettt....

Monday 26 November 2012

Adakah Benar??

Menghitung hari..

Adakah benar ianya akan berlaku??

Sabar lah wahai hati..

Ada atau tidak itu adalah rezeki dan ketentuan daripada-NYA..

Aku pasrah dan berserah..

Amin..Yarabbal A'lamin..

Friday 23 November 2012

Ketakutan, Kekeliruan, Kegembiraan... Berserah Kepada Yang Maha Esa..

Line dah ada tapi still kabur.. What's the meaning?? Lastly g check up kat klinik area rumah n doktor bagitahu, ikutkan kalu timbul line satu lagi ni walaupun kabur memang betul.. Tapi kite tunggu lagi beberapa minggu untuk confirm.

Perasaan : tak nak simpan harapan setinggi gunung, takut jatuh merudum..









Wednesday 21 November 2012

Teruja tapi Takut!!

Hanya satu je yang terdetik dalam hati.. Betul ke ni? Tapi releks dulu. 
Hanya berdoa pada Allah s.w.t .. Harap-harap tidak kecewa lagi.








SEMOGA ADA SINAR HARAPAN MENANTI.. AMIN..

Friday 16 November 2012

BERCUTI..

Planning nak bercuti hujung-hujung tahun ni.. Start 24hb tu sampaila masuk tahun baru. Tahun 2013 baru naik keje balik.. Hahaha!! Aci tak? Tengah pujuk husband ku mintak ambik cuti jugak. Die kate on, tp tau2 jela keje die tu, time cuti asal orang panggil je kena la pegi pejabat.. So, tu sebab aku nak ajak die g bercuti jauh-jauh means luar dari Kuala Lumpur.

Dalam senarai tempat percutian,

@Kelantan
@Johor
@Pulau Pinang
@Perlis

Tapi tak confirm lagi mana  1 nak pegi.. Kalu boleh tak nak pegi tempat-tempat peranginan sebab cuace sekarang kan tak menentu, asyik hujan je.. Nanti silap-silap dok kat bilik je.. Tapi ok jugak kan, manala tau tibe-tibe tesangkut masa tu kan.. Hikhikhik.. syok jugak camtu..

Rasa nya planning kali ni just nak jalan-jalan cuci mata, makan-makan & shopping-shopping je sikit.. Tapi hujung-hujung tahun tu nanti mesti banyak kenduri kawin. Sedare sebelah husband kat penang pun ade jugak buat kenduri, tapi aku malas rasa nak pegi kenduri kendara ni. Boringla bagi aku.. So Penang jatuh di pilihan terakhir sekali la.. Kalu masa tu mood nak g kenduri tu ade, okla. 

Pening jugak nak pilih tempat jalan-jalan cuti-cuti ni yek? Walaupun ni hanya planning percutian kecil-kecilan je.. Belum nak pegi bercuti kat luar negara lagi..

Monday 12 November 2012

Emosi di Pagi Hari..

Pagi tadi bawak Umi ambik darah kat hospital Putrajaya. Kat bahagian tu kebanyakannye semua warga-warga tua. Maybe dorang pun buat monthly check up jugak macam umi.

Tiba-tiba je aku rasa macam sebak je bila tengok pasangan suami isteri yang tua-tua tu datang check up terutama sekali pasangan yang suami tolak isteri duduk atas kerusi roda. 1st skali aku terfikir, mana anak-anak diorang? Kenapa biarkan mak dengan ayah dorang datang berdua je. Suami yang tolak tu pun nampak sangat kewarga emas san tu.. Kat situ aku dah sebak dah.

Second yang aku terfikir, nanti kalu aku dah tua, aku pun macam tu jugak ke? Kami husband wife datang hospital check up sama-sama.. Yang pasti masa tu mesti aku yang duduk atas kerusi roda tu, laki aku tolak.. Sebabnye aku ni banyak nor penyakitnye..
Tapi harap-harap waktu-waktu macam tu nanti aku sihat la.. Tak nak sakit-sakit.. Sakit-sakit sikit tu biasela kan..

Tapi seriusly memang rasa nak menitik air mata bile tengok situasi tadi.. Kalu isteri tolak suami aku tak sedih sangat.. Tapi bile tengok suami tolak isteri tu.. fuh rasa tersentuh sangat-sangat.. Entah kenapa aku pun tak tau..

Thursday 8 November 2012

Kawan Baru Si Tommy..

Bukan main sekarang si tommy demok tu. Dah ade kawan sekarang. Dah tak peduli kat aku dah pun. Seronok sangat main kejor2 dalam rumah.


Dulu  duduk sorang2 saje.. Layan perasaan je..









Eerrrmmm... Bosannyeh..








Bersendirian je merenung masa depan..


Tapi...
















Sekarang dah ade kawan.......





 Sekarang dah berdua.. Dah ade share partnerla katekan..









Asyik main 24 jam.. Belari2 satu rumah, begurau senda, panjat sana panjat sini. Tak peduli dah kat tuan dan puan-puan dia..

Ekceli ni kucing adik aku. Nama kontot, sempena nama kucing kesayangan die yang dah mati dulu. Dia dah duduk ngan aku sebab baru pindah tempat kerja. Sebab tu la si tommy dah ade share partner.. Tempat uuuu..uuhh sekali, bekas makan je lain lain. Tapi makanan nak betukar2.. Boleh gitu? Aku makan makanan ko, ko makan makanan aku.









Tommy perkenalkan port fav die dok usha burung.. Sekarang tot pun dah pandai pi kat situ..
Legala ckit aku sekarang tommy dah ada kawan.. takdela die kesunyian lagi.. Cume kawan mengawan je belom dapat lagi. Kesian kat die.. Andartu lagi.. Huhuhu...



Thursday 1 November 2012

Ulamak vs Pramugari.

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

Padan muke, kan dah malu banyak.. hahaha..