Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 31 May 2012

YESS!!YESS!! DIA DAH DATANG !!!

Salam di petang yang belum balik kerja lagi.

Alhamdulillah... Makhluk P dah datang dah semalam. Tak payah dah aku nak makan-makan ubat bagi dia datang. Dia dah datang dengan sendirinya.

Tapi harap-harap bulan ni jela dia datang. Bulan depan dan bulan seterusnya janganla datang atas sebab-sebab yang aku inginkan ye. Kali ni je aku harap dia datang. Tapi lepas ni aku dah tak harap dia datang. Apakah yang aku merepekkan ini. Hanya aku dan DIA saja yang mengetahui.

Yang aku risau sekarang, senggugut still ada ni. Sakitnya sama je macam belum operation. 

Hari ni jugak mood aku tak ok. Kejap nak marah, kejap nak nangis. Ntah ape-ape ntah? Tapi yang aku perasan, memang time-time macam ni mood aku tunggang langgang macam ni la. Semua perasaan ada.

Esok balik kampung. Harap-harap mood aku dah kembali normal seperti sedia kala. Aku kena kuat kali ni. Dugaan kuat jugak balik rumah Incik Z kali ni sebab semua akan balik jugak. Janganla ada episod air mata jatuh lagi.

Cayok!Cayok!

Tuesday 29 May 2012

Sepetang ini..

Rupa-rupanya ramai yang SENASIB dengan aku.

Tak mengapalah, inilah ujian dari Allah buat hamba-hambanya ini termasuk hamba-MU ini.

Hanya SABAR yang mampu aku bisikkan dalam hati aku setiap hari-hari yang mendatang.


Monday 28 May 2012

Budak Cute..

Bila la aku akan dapat tengok hari-hari senyuman camni?










Zaara Zayyaniey umur 3 bulan





Bersabarlah wahai hati. 

Friday 25 May 2012

Aku dah gilekan barang ni sekarang..

Dah macam makcik-makcik pulak dok gilekan barang jenama Tupperware ni. Tapi cantik barang-barang dia. Walaupun mahal sikit tapi puas hati.

Mule-mule sekali aku beli botol air je. Pastu melarat ke bekas frezeer 1 set. Tapi kualiti die memang bagusla, macam ikan ke ayam ke lama tahan. 3 minggu pun still ok lagi.

Jom la layan gambar-gambar kat bawah ni. Ni semua yang aku dah rembat. Boleh kate setiap bulan aku dok beli. Incik Zuhale hanya mampu menggeleng kepala. Hahaha...


 

 

Ni buat isi gula, susu, milo dll



Yang ni sekali rembat je


Ha kau, penuh terus!! sekali pling je..


Ni Incik Zuhale belom tengok lagi ni. Hari ni dia balik mau terduduk kawan tu. Huahuahua..


Wednesday 23 May 2012

Dah KENAPE??

axvjjtdvnbvxf....
Apesal dah tak boleh tulis pakai hp ni? Bile nak tulis dia jadi tak nmpak yg atas dengan tepi ni.. Tensionnye!! Sape boleh tolong aku ni.. Help..help..help..

Tuesday 22 May 2012

Produk baru lagi..

Salam 1 Rejab 1433 Hijrah. Hari ni nak cerita, aku pakai produk baru lagi.

Terjebak sebab tengok muka member dalam facebook tu, orang kampung aku rupanya. Cantik betul kulit muka dia. 

Aku pun nak try la pakai, kot-kotla boleh jadi kulit camtu. Sebelum ni aku pakai SK2. Mungkin kulit aku tak sesuai dengan produk mahal ni. Hahaha... Muka aku tumbuh jerawat everyday. Sampai aku dah rasa malu dengan muka aku yang asyik ada jerawat ni. Dulu muka aku tak macam ni pun. Sedih betol.

Ada setengah orang, muka ada jerawat, tapi bila pakai SK2 ni hilang jerawat dan kulit jadi cantik. Aku pulak sebaliknya. Sedih plak rasanya sebab duit dah terbang beribu. Tapi nak buat camnakan, nama pun nak cuba. Aku pun pujukla hati ni. Takpela kulit aku tak sesuai dengan produk mahal ni.



So semalam dah terima barang dari member tu. Nama produk ni BioRejuv. Harga dia pun boleh tahan jugakla. Tapi tak pe yang ni boleh guna lama. Sebab dia adalah seketul sabun yang boleh dipotong-potong. Agaknya muka aku ni sesuai pakai jenis sabun-sabun je kot. Sebelum aku pakai SK2 memang aku pakai pencuci jenis sabun je pun.




RM 150.00, Harga kawan sekampung RM 135.00



Pinjam pic dari FB dia.



Cantik kan kulit muka dia. Camna aku tak terjebak.






Kalau nak beli, kena fikir berkali-kali.
 

Sedih. Tak habis pakai lagi. Tapi muka tak sesuai kot. Kebetulan member tu pun pernah pakai SK2 jugak, muka dia pun tak sesuai. Naik jerawat jugak. So memang kena sangatla kan. Lagila semangat aku berkobar-kobar nak cuba BioRejuv ni.

Harap-harap sesuailah hendaknya. Tension sangat dah dengan muka aku ni. Sana-sini ada jerawat.

Amin..


Friday 18 May 2012

M.A.L.A.S.

Kenapa aku malas sangat hari ni.

Nak buat keje pun malas.

Benci..benci.. benci..



   



 




     

Salam pagi Jumaat.

Sumber image dari goggle je.

Tuesday 15 May 2012

# Hutang 3

Hutang belajar ku masa belajar Politeknik dulu sudah pun selamat bayar. Tapi yang ni tak sempat bayar abis lagi. Sebabnya, aku habiskan bayar kad kredit dulu. Tukar strategi, mula-mula plan nak bayar, tinggalkan sikit baki kad kredit, tapi bila dengar ceramah hari tu baru tau interest kad kredit dia charge everyday.

Daripada aku biarkan betambah jumlah kad kredit tu baik aku bayar habis.

Oleh sebab itu, tepaksalah aku skip dulu bayar loan KPT sampai abis. Sebab loan KPT takde interest.
Bijak tak? Bijak..Bijak..

Semalam, aku pun p lah bayar loan KPT. Maka habislah sudah duit KWSP aku.





 Dekat je kot. Lepas ni datang bayar kat sini teruslah. Parking pun sonang.




 Dengan paksa rela aku membayarnya.


Renungan Bersama


Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)
Keterangan: Kita dibolehkan untuk berhutang (hutang masuk universiti, hutang beli rumah, hutang beli kereta dan sebagainya) cuma sekiranya berhutang kena lah melunaskan hutang sebaik mungkin.

Monday 14 May 2012

Dah kena potong dah..

Kena potong sudah...

Apa yang kena potong..

Ni...


















Selamat tinggal kad kredit!!