Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 6 June 2012

Kenangan Terindah



Assalamualaikum.

Hari ni 06.06.2012 tarikh bermakna dalam hidup aku. 06.06.2009, waktu ni aku tengah bersiap-siap nak majlis khatam Al-quran. Kemudian make-up, tunggu pengantin lelaki.

Pejam celik pejam celik sekejap je dah 3 tahun. rasa macam baru 2 3 bulan je aku lalui tarikh ni. Alhamdulillah, bahtera ku dah sampai di sini walaupun masih mengharungi dugaan-dugaan besar dan kecik. 

Aku sangat berharap dugaan yang besar itu akan berakhir selepas ni. Penantian kami selama 3 tahun akan berakhir selepas ni. Tapi tu semua hanya Allah je yang Maha Mengetahui.

Eh, hari ni hari bahagia la kenapa nak sedih-sedih ni. Tapi sedih gak sebab tak dapat celebrate coz Mr Nice Guy outstation. Semalam dah wish kira okla tu kan. Nak buat cane dah tugas kan.

Anyway, semoga kebahagiaan aku dan dia akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Sehingga membuahkan hasil. (Macam tanam pokok buah pulak dah) Semoga kasih sayang kami betambah-tambah hendaknya. 

Ameen....



 
Ni kek tahun lepas. Tahun ni kek belum lagi. huhuhu...

No comments:

Post a Comment