Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 7 May 2013

Macam Tak Lama Je Lagi..

Sekejap pulak rasanya, dah masuk bulan Mei dah. Kalau nak ikut bulan, lagi sebulan lebih je lagi nak sampai waktu tu. Kalau ikut minggu, lagi 11 minggu je lagi. Itu pun kalau tarikh tu tepat.  
27 Julai 2013 bersamaan 18 Ramadhan 1434H. Tak kesah 'dia' nak tengok dunia ni awal ke tepat tarikh ke, janji 'dia' selamat, sihat dan sempurna. Amin..

Minggu ni dah masuk 28 minggu 'dia' kat dalam. Dah mula rasa mengah dan tak boleh makan banyak-banyak. Kalau makan banyak confirm nak keluar balik. 'Dia' kat dalam pun dah makin aktif begerak-gerak. Macam bagi respons pun ada, kalau dengar bunyi bising. 

Barang-barang untuk 'dia' pun dah 70% dah lengkap. Tinggal sikit sikit lagi nak beli. Minggu ni nak try pegi expo barang baby kat Mid Valley. Harap-harap ada barang-barang yang nak cari tu. Tunggu dan lihat ape yang ada kat sana nanti. Tengok blog-blog orang yang pegi sebelum ni macam best je.  Tapi kalau best pun kalau duit tak berapa nak ada, jadi tak best jugak. Ye dok? 

Tapi tak kesahla, misi pertama cuma nak servey2 harga je dulu. Kalau ade yang terbekenan tu beli ajelah. Untuk my baby.  :-)

Checklist yang belum beli lagi :

1) Playpen / baby coat
2) Tikar getah
3) Kelambu
4) Pencuci nak basuh pakaian baby
5) Sarung tilam n bantal yang ke 2 (1 lg dah setel)
6) Towel mandi



No comments:

Post a Comment