Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 4 May 2012

Isketambola....

Salam hari Jumaat yang indah.

Menu aku hari ini ialah...
































K.E.T.A.M. Ketam...

Tugas-tugas membasuh ketam diserahkan kepada pak incik saya. 


Setelah dibasuh dan disimpan di dalam peti ais.


5 hari kemudian..



























 


Pling!!! Jadila masak lemak cili api. Kenapa 5 hari kemudian?

Sebabnya, ketam dibeli hari jumaat minggu lepas, oleh sebab tak de sape nak makan (Laling ku outstation) so, hari ni la baru masak untuk Laling ku.


Itu saje menu untuk hari ni.   ^_^




Wednesday, 2 May 2012

# Hutang 2

Assalamualaikum..

Hari ni selamat lagi satu hutang aku dah bayar. Tapi yang ni belum habis sepenuhnya. Tinggal sikit je lagi. Ya, hutang kad kredit!! 

Lepas ni aku berikrar aku tidak akan menggunakan lagi kad kredit ni. Banyak kali dah ikrar macam ni, tapi belum pernah jadi pun. Harap-harap jadila kali ni.

Semua sekali tadi aku bayar RM 3724.00. Lumpsum!! Sedih jugak masa nak hulur duit tadi kat kaunter. Tapi nak buat camne, dah ko pandai berhutang, pandai lah ko bayar ye.







Renung-renungkan dan selamat beramal.

Roh seorang mukmin masih terkatung-katung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad)

Jangan menimbulkan ketakutan pada dirimu sendiri sesudah terasa olehmu keamanan (ketentraman). Para sahabat bertanya, “Apa yang menimbulkan ketakutan itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Hutang.” (HR. Ahmad)

Tuesday, 1 May 2012

Menu Cuti Hari Pekerja

Hari ni 1 Mei 2012, cuti sempena hari pekerja. Aku dok kat umah sorang-sorang. So menu tengah hari aku sempoi dan senang makan. ^_^



Ayam masak kicap dengan sambal belacan je. Sempoi.......






Alamak!! gambar blur la pulaks. Ni aku guna kicap ABC tu. Sedap rupanya. Lepas ni sentiasa ada la kicap tu dalam peti ais aku.


Hari ni makan nasi saja 3 kali. Ish! Canela tak gemuks. :-)

 



Ha, ni la kicapnya. Memang sedap. Sebelum ni aku tengok iklan, ayat aku, ala mesti macam kicap biase je. Tapi sebenarnya tak, sedap tau. Pekat, manis tak manis sangat. Sesuai sangatlah nak buat ayam masak kicap.


So aku bantai la makan nasik satu periok. Hehe.. tapi tak penuhla periuk tu.