Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 11 April 2012

Bebelan di hari cuti Am - Hari Pertabalan Agong

Amboi tajuk, bukan main lagi. Macam nak cerita pasal Pertabalan Agung je. Idokle, teman saje je hari ni tiba-tiba rasa nak try internet ni, ok ke idok. Hari ni cuti, sebab agong nak ditabalkan. Yang aku peliknya, kalu hari cuti takdela pulak aku rasa nak tidur balik. Cuba kalau hari kerja, berat je mata ni nak tidur balik, katil tu macam melambai-lambai panggil aku. Apa masalah yang melanda aku sebenarnye ni? Aku tak paham betol la. Ni tak lain dan tak bukan mesti gejala MALAS ni. Makin dekat tempat kerja, makin malas pulak rasanya. Dulu boleh pulak aku travel hari-hari dari Pulau meranti ke KL. Gerak jam 6.10 pagi pulak tu. Releks je, tak de pulak rase malas yang teramat sangat macam sekarang. Boleh lagi bangun jam 5.30 pagi buat sarapan untuk Abang. Tapi sekarang, hampeh je. Dah lama tak buat sarapan untuk suamiku yang tercinta tu. Kesian dia.

Sekarang bangun pun jam 7.00 pagi. Jam yang berbunyi pukul 6.30 pagi tu, boleh aku buat tak dengar die bebunyi. Mentang-mentangla tempat keje perjalanan dalam 20 minit je, suka hati aku je kan. Bila la aku nak jadi elok balik ni. Buruk sangat dah ni attitude teman ni. Teman kene uboh ni. Adoiyaiii... Sungguh tidak berdisiplin. Akan aku cuba berubah ye. 

Ha.. ok jugak line internet pagi-pagi buta ni. Tapi tak kan nak tulis blog time macam ni hari-hari. Gilo ke apo? Betolla Digi berukband ni, pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam je laju. 7.00 malam hingga 7.00 pagi slow yang amat. Tapi kira okla sebab masa nak ambik berukband ni orang Digi tu dah siap bagi tau awal-awal. Takde la kita bengang kan. 

Perut pun dah bekeroncong mintak makanan. So, stop dekat sini jela. Eh, macam tulis surat pulak. Kita jumpa lagi di lain keadaan dalam kurungan kalu berokband ni laju ye. Caucincau..

Tuesday, 10 April 2012

Ketinggalan Dah...

Banyak dah cerita-cerita yang ketinggalan. Ape taknye, macam mana nak update blog line internet macamla hampeh. Macam mana nak buat ni. Ini pun update dekat ofis. Tension je. Kumpul la cerita dalam ni.

Story 1 :

Last 2 week, kaki terseliuh. Balik dari kursus kat MOF sebelah ni. Jalan-jalan ntah macam mane tersalah pijak, tiba-tiba terpelecok. Sampai teberhenti bejalan bagi relaks kejap kaki tu. Sampai dekat ofis ok lagi tapi dah terasa dahla. Petang balik keje siap pegi pasar malam Putrajaya lagi. Balik je rumah lepas solat asar tu tiba-tibe sakit yang teramatla sangat. Lebih sakit dari senggugut. Menangis macam kanak-kanan ribena la malam tu. Dahla Abang takde training kat wesport. Nasib baik boleh balik. Malam tu jugak pegi klinik. Dapat satu jarum, baru sakit tu hilang. Memang sakit yang teramat sangat dalam hidup. Dapat la aku MC 3 hari + 1 hari. Nampak gayanya tahun ni tahun mengumpul MC. Haritu operation dah MC 19 hari.

Story 2 :

22 Mac 2012, befday aku yang ke 28. Tapi takde ape yang menarik pun. Abang takde, pegi kursus dekat wesport. Boring je. Harapan aku semoga tahun ni akan aku dapat apa yang aku inginkan selama ni. Amin.

Story 3 : 

Majlis pertunangan adik ipar, Zahari Mohamat a.k.a Alang. Bertunang pada 16 Mac 2012 bersamaan 22 RabiulAkhir 1433 Hijrah, hari Jumaat. Untuk tahun ni pertama kali aku apply cuti rehat. Huhuhuhu.. Semua adik beradik sponsor barang-barang hantaran. Aku dengan Abang sponsor Kek Secret Resepi. Adik beradik ramai so senangla dapat sponsor menyeponser kan. Rezeki. Ikat selama 1 tahun. Tahun depan dalam bulan Mac langsung majlis kawin. Harap-harap sangat masa tu aku dah ade isi. (harapan lagi :-) ) InsyaAllah.. Amin Ya Rabbal A'lamin. Jom layan gambar. Tapi tak banyak. Hp xde betri n yang perempuan tu tak friendly langsung. So, aku malas sangat nak amek gambo. Bagi anak sedara je yg snap pic.

Hantaran pihak Lelaki dan perempuan (Takde pic kek tu, kotak je yg nampak. Tak sempat nak snap. Tapi yg pasti cantik tau

Ketua Hantaran

Nice dot dot..

Bakal pengantin

Ok. Itu saje untuk hari ini. Bile plak jumpe lagi tak taulah. Nak balik dah (ni dekat ofis). Baibai..

Tuesday, 20 March 2012

KARANGAN YANG TERGENDALA

Banyaknye yang nak cerita kat sini. Pasal g kursus kat Terengganu last week, pasal majlis pertunangan adik last week jugak.. Mula-mula cerita pasal g kursus kat Terengganu hari tu. Kursus ok je macam biasa. Kami stay dekat Hotel Felda Residence Kuala  Terengganu. Sebelum ni aku tak tau pulak yang Felda ni ade hotel jugak. Name je anak orang felda tapi tak tau pun ade hotel hotel bagai. Boleh tahan jugakla hotelnye, tapi yang tak tahan tu dalam paper work twin sharing biliknye, tup tup sampai kat sane bkn twin sharing tapi dibaginye bilik yang satu katil queen tu je. Masing masing badan boleh tahan jugak, canela nak tido belage muntot la macam tu. Nasib baik la membe aku tu mintak katil tambahan. Selesa jugakla kami tido malam tu. Kursus belum bermula tapi kami dah pi beshopping dulu kat pasar payang. Dah lama aku tak naik bus tibe-tibe aritu naik bus RM 1.00 tambangnye. Antik bus kat sane. Tak sempat nak ambik gambaq. Dekat pasar payang aku pun merembatla barang-barang seperti berikut :


^_^
Kaftan utk tidoq

Tommy pun sebok nak enteprem
Ni je pun yang sempat terbelinye. Padanla dengan duit yang adenye. Huhu.. Yang penting keropok lekor sedapp. Meh layan gambar2 kat sane.


Teruja dengan cermin bilik air

Persediaan pendaftaran

Antara barisan urusetia

Buku program : editor by ME

Para-para peserta

Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu


Signboard Kusus




 Ok, tu jela untuk kali ni. caucincau...........