Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 10 April 2012

Ketinggalan Dah...

Banyak dah cerita-cerita yang ketinggalan. Ape taknye, macam mana nak update blog line internet macamla hampeh. Macam mana nak buat ni. Ini pun update dekat ofis. Tension je. Kumpul la cerita dalam ni.

Story 1 :

Last 2 week, kaki terseliuh. Balik dari kursus kat MOF sebelah ni. Jalan-jalan ntah macam mane tersalah pijak, tiba-tiba terpelecok. Sampai teberhenti bejalan bagi relaks kejap kaki tu. Sampai dekat ofis ok lagi tapi dah terasa dahla. Petang balik keje siap pegi pasar malam Putrajaya lagi. Balik je rumah lepas solat asar tu tiba-tibe sakit yang teramatla sangat. Lebih sakit dari senggugut. Menangis macam kanak-kanan ribena la malam tu. Dahla Abang takde training kat wesport. Nasib baik boleh balik. Malam tu jugak pegi klinik. Dapat satu jarum, baru sakit tu hilang. Memang sakit yang teramat sangat dalam hidup. Dapat la aku MC 3 hari + 1 hari. Nampak gayanya tahun ni tahun mengumpul MC. Haritu operation dah MC 19 hari.

Story 2 :

22 Mac 2012, befday aku yang ke 28. Tapi takde ape yang menarik pun. Abang takde, pegi kursus dekat wesport. Boring je. Harapan aku semoga tahun ni akan aku dapat apa yang aku inginkan selama ni. Amin.

Story 3 : 

Majlis pertunangan adik ipar, Zahari Mohamat a.k.a Alang. Bertunang pada 16 Mac 2012 bersamaan 22 RabiulAkhir 1433 Hijrah, hari Jumaat. Untuk tahun ni pertama kali aku apply cuti rehat. Huhuhuhu.. Semua adik beradik sponsor barang-barang hantaran. Aku dengan Abang sponsor Kek Secret Resepi. Adik beradik ramai so senangla dapat sponsor menyeponser kan. Rezeki. Ikat selama 1 tahun. Tahun depan dalam bulan Mac langsung majlis kawin. Harap-harap sangat masa tu aku dah ade isi. (harapan lagi :-) ) InsyaAllah.. Amin Ya Rabbal A'lamin. Jom layan gambar. Tapi tak banyak. Hp xde betri n yang perempuan tu tak friendly langsung. So, aku malas sangat nak amek gambo. Bagi anak sedara je yg snap pic.

Hantaran pihak Lelaki dan perempuan (Takde pic kek tu, kotak je yg nampak. Tak sempat nak snap. Tapi yg pasti cantik tau

Ketua Hantaran

Nice dot dot..

Bakal pengantin

Ok. Itu saje untuk hari ini. Bile plak jumpe lagi tak taulah. Nak balik dah (ni dekat ofis). Baibai..

No comments:

Post a Comment