Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 19 July 2012

Lama Tinggal Dah

Dah lama tak menulis kat sini. Sebab ape? Macam-macam sebab. Sebab malas yang terutama sekali. Sebab line berukband kat umah kena potong. Sebab nak menulis kat ofis line tak clear. Work station dah berubah ke tempat terbuka. Tak macam dulu privacy la sikit. Tapi oleh kerana harini ramai takde so bolehlah curi-curi menulis, tapi tu pun dah macam pencuri, kena pandang kiri, kanan, depan, belakang takut orang lalu. Huhuhu.. 

Sehari je lagi dah nak puasa. Sekejap je masa berlalu. Dah bermula la aku kena bangun pukul 5 pagi. Masak untuk sahur. Dulu bujang tak payah masak sahur. Bangun minum air pastu tido balik. Tu pun kalu terjaga, kalau tak terjaga sahur dalam mimpi jela. Dah ada somi kenala aku bangun masak sahur. Dapat pulak somi yang memang kena makan sahur, kalu tak, dia akan tak larat di siang hari. Alhamdulillah. Dulu aku jenis tak makan sahur, so tak dapatla pahala besahur tu. Sekarang memang kena makan sahur, so dapatla aku pahala bersahur tu. Allah tu Maha Adil kan. Dia ciptakan pasang-pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan saling lengkap-melengkapi.

Ha, kan tergendala idea aku. Ada orang datang mintak surat. Macam ni la kalau menulis time waktu kerja. Hahaha.. Idea pun dah terbang. Ok lah, bertemu lagi di lain masa dan di lain cerita.

Selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak.


No comments:

Post a Comment