Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 25 October 2012

Tabita Skin Care VS SNE Capsul

Bulan ni saje, beratus aku habis untuk barang kosmetik saje. Untuk kesihatan dalaman dan untuk produk muka.

Aku beli produk untuk muka, brand paling glamer orang dok perkatakan sekarang. Produk TABITA.
Sekarang kat online sape yang add produk tu mesti tahu pasal produk tu. Ramai dah muke orang yang jadi cantik. Dengar cerita, artis pun ada yang pakai produk ini.

So aku pun nak la try jugak sebab kawan baik aku pakai menjadi muka die. Dalam masa seminggu muka berubah jadi cerah. Aku pun beli dan dapat dengan harga RM340 exclusif set. (set besar)
Tapi ape yang aku confius sekarang, produk tu sama macam produk Natural 99 yang aku penah pakai masa bujang-bujang dulu. Memang menjadikla produk tu, muka jadi putih kemerah-merahan. Memang sebijik bau, warna dan rasa (rasa kat mukala, takkan dalam mulut kot). Memang sebijik. Bile aku tanya akak yang jual tu die kata different, & try pakai dulu. Tapi aku memang rasa sama. Ape yang buat aku pelik sangat-sangat ni kenapa harga die sampai RM300 lebih wei?!! 
Dulu aku beli tu 10 hengget je. Krim siang 10 hengget, krim malam 10 hengget, pencuci muke sabun ketul 5 hengget.  

Tapi takpela, try dulu tengok ape perbezaannye. Lagipun tahan 3 ke 4 bulan. So takdela rase ralat sangat. Aku cuma nak hilangkan parut-parut jerawat dan bagi muka cerah sikit cam dolu-dolu.. cewahhh..!!


Comel je begnye..



Isi dalam lupe nak snap pic.

Ni la produknye. Dalam ni ade krim siang, krim malam, pencuci dan toner. (Lupe nak ambik pic isi dalam)
Nanti tengok la hasilnye camne yek..


Produk kedua untuk bulan ni aku makan produk SNE. Sekarang produk ni glamer betol kat laman2 facebook. Aku pun nakla try kan. Just nak sihat-sihat. Semenjak baru lepas sakit ni, rasa macam takut dah nak sakit-sakit lagi. So cari alternatif nak makan ubat-ubat sampingan untuk menyihatkan badan.



Kulitnya





Isi dalamnya

Cara makan, gigit bagi pecah then minum air. Setiap orang yang makan akan dapat rasa yang berlainan mengikut jenis penyakit yang die ada macam kat bawah ni.







 Bahan-bahan dalam SNE ni..


Sumber daripada healthproductsne.blogspot.com



6 CIRI UTAMA
 

• Melanjutkan usia
• Menyuburkan dan mencergaskan sel
• Menyelaras dan membaik pulih sel
• Mengandungi kesan anti-bakteria
• Menyeimbangkan system badan
• Membersihkan darah dan membantu dalam proses detoksifikasi.
MANFAAT UTAMA

• Berkeupayaan untuk menyingkirkan radikal bebas dan elemen berbahaya.
• Meningkatkan fungsi system imun.
• Mencegah pelbagai jenis penyakit system pencernaan.
• Mengurangkan tahap lipid darah dan kolestrol, justeru mencegah penyakit kardio-serebrovaskular.
• Mencegah jangkitan influenza.
• Merawat lecur, parut, reput fros dan kudis tekanan.
• Mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radiasi dan oksidasi.
• Menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan pembentukkan bekuan darah/thrombus; mempercepatkan prose penyembuhan luka selepas pembedahan.
• Mencegah dan merawat pelbagai masalah ginekologikal. Produk ini amat sesuai untuk kaum wanita.
• Membantu perkembangan fizikal dan keupayaan mental kanak-kanak.
• Meningkatkan kesihatan kulit dan menagguhkan proses penuaan.

KESAN RAWATAN KAPSUL SNE

Tempoh Rawatan Pertama (1-30 hari)
- Wajah yang cantik dan berseri
- Kualiti tidur bertambah baik
- Mempertingkatkan system imun
- Kesejahteraan mental
- Meringankan penderitaan penyakit semasa
Indikasi :- Kesan rawatan Kapsul SNE telah bermula, menyingkirkan toksin dan radikal bebas daripada badan anda. Sesetengah individu akan mengalami tindak balas yang positif (reaksi penyelarasan). Namun begitu, reaksi sedemikian akan hilang dalam tempoh 1-2 minggu.

Aku pun barula nak try ni. Tak tahula dapat maintain ke idok. Harga die pun boleh tahan jugak RM nye. Belum dapat ape-ape perubahan lagi buat masa sekarang. Baru makan 4 hari.

Harap-harapnya adala perubahan untuk 2 produk yang aku tengah makan dan pakai sekarang ni. InsyaAllah..



No comments:

Post a Comment