Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 16 October 2012

Ujian untuk Diri Ku..

Dah lama tak mengarut kat sini. Ekceli baru je baik dari penyakit yang tak pernah disangka sangka akan kena. Penyakit yang jarang orang perkatakan tapi pada yang pernah terkena penyakit ni teramatla sakit dan terseksa hanya Allah yang tahu. 

Penyakit K.A.Y.A.P !! atau dalam bahasa perubatan sains dipanggil HERPES. 3 minggu aku kena tanggung penyakit ni. seminggu pertama tak tau penyakit ape sebab rasa gatal-gatal pedih-pedih je. Tempat yang kena tu pun memang tempat baeekk punye! Memang tak sangka akan kena kat situ dan teramatla terseksanye. (tempat tuttt...).

Sekarang ni pun dalam tempoh bepantang lagi. Banyak jugak la pantang larangnye. Soba jelah. Tak boleh makan benda2 gatal, tak boleh makan berminyak, macam2la.. Senang kata pantang macam orang bersalin tapi lagi teruk lagi.

Tapi rasa bersyukur sangat sebab dalam masa 2 minggu dah beransur baik. Tapi masa tu terasa ujian Allah kali ni betul-betul menginsafkan aku. 

#1 Info :

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.
Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.

Sekarang rasa macam betul-betul nak jaga kesihatan sangat. Takut penyakit pelik-pelik ni datang lagi.
Rasa tak tertanggung rasanya.



No comments:

Post a Comment