Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 25 October 2012

Tabita Skin Care VS SNE Capsul

Bulan ni saje, beratus aku habis untuk barang kosmetik saje. Untuk kesihatan dalaman dan untuk produk muka.

Aku beli produk untuk muka, brand paling glamer orang dok perkatakan sekarang. Produk TABITA.
Sekarang kat online sape yang add produk tu mesti tahu pasal produk tu. Ramai dah muke orang yang jadi cantik. Dengar cerita, artis pun ada yang pakai produk ini.

So aku pun nak la try jugak sebab kawan baik aku pakai menjadi muka die. Dalam masa seminggu muka berubah jadi cerah. Aku pun beli dan dapat dengan harga RM340 exclusif set. (set besar)
Tapi ape yang aku confius sekarang, produk tu sama macam produk Natural 99 yang aku penah pakai masa bujang-bujang dulu. Memang menjadikla produk tu, muka jadi putih kemerah-merahan. Memang sebijik bau, warna dan rasa (rasa kat mukala, takkan dalam mulut kot). Memang sebijik. Bile aku tanya akak yang jual tu die kata different, & try pakai dulu. Tapi aku memang rasa sama. Ape yang buat aku pelik sangat-sangat ni kenapa harga die sampai RM300 lebih wei?!! 
Dulu aku beli tu 10 hengget je. Krim siang 10 hengget, krim malam 10 hengget, pencuci muke sabun ketul 5 hengget.  

Tapi takpela, try dulu tengok ape perbezaannye. Lagipun tahan 3 ke 4 bulan. So takdela rase ralat sangat. Aku cuma nak hilangkan parut-parut jerawat dan bagi muka cerah sikit cam dolu-dolu.. cewahhh..!!


Comel je begnye..



Isi dalam lupe nak snap pic.

Ni la produknye. Dalam ni ade krim siang, krim malam, pencuci dan toner. (Lupe nak ambik pic isi dalam)
Nanti tengok la hasilnye camne yek..


Produk kedua untuk bulan ni aku makan produk SNE. Sekarang produk ni glamer betol kat laman2 facebook. Aku pun nakla try kan. Just nak sihat-sihat. Semenjak baru lepas sakit ni, rasa macam takut dah nak sakit-sakit lagi. So cari alternatif nak makan ubat-ubat sampingan untuk menyihatkan badan.



Kulitnya





Isi dalamnya

Cara makan, gigit bagi pecah then minum air. Setiap orang yang makan akan dapat rasa yang berlainan mengikut jenis penyakit yang die ada macam kat bawah ni.







 Bahan-bahan dalam SNE ni..


Sumber daripada healthproductsne.blogspot.com



6 CIRI UTAMA
 

• Melanjutkan usia
• Menyuburkan dan mencergaskan sel
• Menyelaras dan membaik pulih sel
• Mengandungi kesan anti-bakteria
• Menyeimbangkan system badan
• Membersihkan darah dan membantu dalam proses detoksifikasi.
MANFAAT UTAMA

• Berkeupayaan untuk menyingkirkan radikal bebas dan elemen berbahaya.
• Meningkatkan fungsi system imun.
• Mencegah pelbagai jenis penyakit system pencernaan.
• Mengurangkan tahap lipid darah dan kolestrol, justeru mencegah penyakit kardio-serebrovaskular.
• Mencegah jangkitan influenza.
• Merawat lecur, parut, reput fros dan kudis tekanan.
• Mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radiasi dan oksidasi.
• Menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan pembentukkan bekuan darah/thrombus; mempercepatkan prose penyembuhan luka selepas pembedahan.
• Mencegah dan merawat pelbagai masalah ginekologikal. Produk ini amat sesuai untuk kaum wanita.
• Membantu perkembangan fizikal dan keupayaan mental kanak-kanak.
• Meningkatkan kesihatan kulit dan menagguhkan proses penuaan.

KESAN RAWATAN KAPSUL SNE

Tempoh Rawatan Pertama (1-30 hari)
- Wajah yang cantik dan berseri
- Kualiti tidur bertambah baik
- Mempertingkatkan system imun
- Kesejahteraan mental
- Meringankan penderitaan penyakit semasa
Indikasi :- Kesan rawatan Kapsul SNE telah bermula, menyingkirkan toksin dan radikal bebas daripada badan anda. Sesetengah individu akan mengalami tindak balas yang positif (reaksi penyelarasan). Namun begitu, reaksi sedemikian akan hilang dalam tempoh 1-2 minggu.

Aku pun barula nak try ni. Tak tahula dapat maintain ke idok. Harga die pun boleh tahan jugak RM nye. Belum dapat ape-ape perubahan lagi buat masa sekarang. Baru makan 4 hari.

Harap-harapnya adala perubahan untuk 2 produk yang aku tengah makan dan pakai sekarang ni. InsyaAllah..



Friday, 19 October 2012

Makan Hati Di Tengahari..

Kadang-kadang bosan bile bukak FB. Tengok gambar-gambar orang, bace status-status orang. Masing-masing macam nak menunjuk-nunjuk kelebihan masing-masing. Kadang-kadang tu status macam memalukan diri sendiri pun ada. 

Aku paling menyampah kalu orang dok update-update status pasal nak anak lelaki, nak anak perempuan. Dah ada anak lelaki nak anak perempuan, dah ada anak perempuan nak anak lelaki. Dah macam tak bersyukur je dengan ape yang Allah berikan.

Ye.. memang aku tak rasa ape yang korang rasa. Tapi sekurang-kurangnya tolongla bersyukur yang korang ada jugak ANAK. Cuba korang fikir dan rasa perasaan aku dan ramai lagi orang-orang yang senasib dengan aku yang tak punya anak lagi ni. Apa perasaan kami bile korang buat statement macam tu. Pada yang tak terasa tu takpela.

Bukan dengki atau jeles, tapi pleasela be understanding sikit tentang perasaan orang lain. Ok fine! tu hak masing-masing. Ko apehal nak bising-bising pasal statement orang kat FB tu. Lantak diela kan. Memangla, tapi pedulik la aku nak jugak lepaskan geram aku kat sini.

So pleasela, faham perasaan kami yang kekurangan ni. Hati dan perasaan kami sangat sensetif pasal ANAK ni.Bersyukurla dengan ape yang dah Allah kurniakan pada korang. Sekurang-kurangnya, korang dah ada anak-anak yang akan mendoakan korang bile korang dah takde dalam dunia yang fana ni.

Eh?Ade ke orang bace ni?. Huhuhu...


Mintak copy incik Google ye..







Tuesday, 16 October 2012

Ujian untuk Diri Ku..

Dah lama tak mengarut kat sini. Ekceli baru je baik dari penyakit yang tak pernah disangka sangka akan kena. Penyakit yang jarang orang perkatakan tapi pada yang pernah terkena penyakit ni teramatla sakit dan terseksa hanya Allah yang tahu. 

Penyakit K.A.Y.A.P !! atau dalam bahasa perubatan sains dipanggil HERPES. 3 minggu aku kena tanggung penyakit ni. seminggu pertama tak tau penyakit ape sebab rasa gatal-gatal pedih-pedih je. Tempat yang kena tu pun memang tempat baeekk punye! Memang tak sangka akan kena kat situ dan teramatla terseksanye. (tempat tuttt...).

Sekarang ni pun dalam tempoh bepantang lagi. Banyak jugak la pantang larangnye. Soba jelah. Tak boleh makan benda2 gatal, tak boleh makan berminyak, macam2la.. Senang kata pantang macam orang bersalin tapi lagi teruk lagi.

Tapi rasa bersyukur sangat sebab dalam masa 2 minggu dah beransur baik. Tapi masa tu terasa ujian Allah kali ni betul-betul menginsafkan aku. 

#1 Info :

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.
Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.

Sekarang rasa macam betul-betul nak jaga kesihatan sangat. Takut penyakit pelik-pelik ni datang lagi.
Rasa tak tertanggung rasanya.