Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 9 May 2012

Update sikit..

Yahoo!! Aku dah habis bayar kad kredit!! Lega rasa. Pagi tadila, aku pegi dengar ceramah pasal Pengurusan Kewangan. Ceramah tu daripada Bank Negara Malaysia. 

Banyak la jugak pengetahuan yang aku dapat dari ceramah tu. Sebelum ni aku memang tak tahu yang kad kredit ni akan cas interest setiap hari. Aku ingatkan sekali kita sweep tu, rupanya tak ye. 

So, lepas je ceramah tadi bedesup la aku pi bank bayar baki yang tinggal seribu lebih tu lumpsum semua sekali. Esok aku nak make sure kat akaun, bahagian kad kredit tu CLEAR. 

Kompom memang lepas ni aku tak nak la pakai kad kredit dah. Aku dah rasa memang aku tak boleh sebab aku ni seorang yang teramatla boros. Aku tak dapat nak control kalu dah sekali gune, lepas lepas tu mesti aku nak guna lagi.

Ha, satu lagi yang aku dapat dari ceramah tu, kalu kita guna kad kredit untuk isi minyak dekat stesen minyak. Masa kita masukkan kad dekat mesin tu automatik kredit yang ade dalam tu akan ditolak RM 200. Walaupun kita nak isi RM 50. Selepas 3 hari barulah RM 200 tu dikreditkan balik kat kad kredit tu. Lebih kurang macam depositla. Bayar deposit RM 200 dulu untuk isi minyak. (Bahasa akaun aku tunggang langgang.. Yela takde basic akaun kan.)

Lega sikit sekarang tinggal 1 je lagi hutang. Chaiyok!Chaiyok!!

Kalu nak tahu apa-apa berkenaan institusi kewangan kat Malaysia ni, pegila lawat kat laman web ni. www.bnm.gov.my

Babai!

No comments:

Post a Comment