Hidup Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 5 May 2012

Vaksin untuk Tommy..

Minggu lepas bawak si Tommy ke Mesra Pet. Untuk vaksin kan dia. Sebenarnya tahun lepas dah bawak tapi tak boleh nak continue vaksin kali ke-2 sebab tommy jatuh dari tingkat 4. Lelangit dia pecah so kondisi dia tak stabil, tak bolehla nak continue vaksin.

Tepaksalah start semula tahun ni. So hari tu, aku pun bawak la si tommy gemuks tu injection vaksin.




Kedai ni dekat presint 15 Putrajaya. Kat sini la tempat aku selalu beli barang-barang si tommy.




Si tommy yang ketakutan. Tunggu masa untuk dicocok.




Bulu dia masa ni gugur teruk. Masa ni barula aku tau, dia tak sesuai makan makanan jenama Sportman. Sebabnya, kandungan makanan tu tak mampu menampung keperluan yang diperlukan untuk bulu dia. Kata doktor tu la. 

So, aku pun tukarla makanan dari Sportman kepada Aims. Doktor tu bagitahu, makanan yang ok untuk si tommy ni Royal Canin atau Aims. Royal Canin tuan dia ni tak mampu la sangat nak maintain kan sebab harga nya amatlah menyakitkan poket. So tuan dia ni prefer Aims la. Royal Canin sekali sekala bolehla ye tommy.





Tommy yang kena cucuk. Senyap je dia masa ni. Senyap sebab takut. Sekejap je, dah siap. Lepas vaksin, kucing tak boleh dimandikan selama seminggu. Selepas vaksin kucing akan demam atau moyok sekejap kesan dari ubat tu.

So lepas vaksin tu, keesokan harinya tommy pun demam. Macam budak-budak pulak kan. Tapi memang betul pun. Badan dia panas, taknak makan, taknak minum. Tido dan moyok je. Panggil pun dah takde suare dah, pandang je muka kita.


Port faveret dia, kat penjuru dinding






Kesian si tommy. Tapi sehari je. Esok tu dah ok. Dah mintak makan seperti biasa. Makan pulak melampau-lampau. Cover sehari tak makan.




Muka mintak makanan la ni.





Buku rekod kesihatan si tommy.




Next appointment 28.05.2012.


Itulah cerita si Tommy yang gumuks tu. ^-^

No comments:

Post a Comment